Pengalaman pengajaran guru novis Pendidikan Islam: implikasi terhadap reka bentuk kurikulum latihan pendidikan guru

Program latihan pendidikan guru di institusi pengajian tinggi menyediakan asas yang baik untuk menyediakan guru pelatih untuk kompeten dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, kajian literatur mendedahkan bahawa sesetengah guru-guru novis bergelut untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tengku Sarina Aini Tengku Kasim,, Fatimah Sahida Abdurajak,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12148/1/22545-76583-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/12148/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1089
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program latihan pendidikan guru di institusi pengajian tinggi menyediakan asas yang baik untuk menyediakan guru pelatih untuk kompeten dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, kajian literatur mendedahkan bahawa sesetengah guru-guru novis bergelut untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan berkesan sebagai pendidik baru, kerana mereka menghadapi masalah dan cabaran dalam menterjemahkan pengetahuan berasaskan teori pedagogi mereka ke dalam amalan pengajaran sebenar. Selain itu, menjadi graduan baharu dan pendidik baharu, mereka diharapkan dilengkapi dengan kemahiran pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21. Oleh itu, kajian ini memberi tumpuan kepada pengalaman pengajaran guru novis Pendidikan Islam, seperti kompetensi pedagogi, tahap profesionalisme dan bimbingan daripada rakan sekerja. Sepuluh guru novis Pendidikan Islam dari empat negeri di Malaysia dipilih dengan menggunakan pensampelan bertujuan. Sebagai sumber pengumpulan data, temu bual individu separa berstruktur menggunakan reka bentuk kualitatif telah digunakan. Hasil kajian ini telah mendapati bahawa guru novis Pendidikan Islam mempunyai isu dan cabaran dalam tempoh 5 tahun awal perkhidmatan, iaitu tekanan akibat berjauhan daripada keluarga, pengurusan tingkah laku pelajar dan tekanan bebanan kerja. Kajian ini memberi implikasi bahawa latihan pendidikan guru Pendidikan Islam perlu menambahbaik reka bentuk kurikulum bagi menghasilkan guru yang memiliki kefahaman dan kemahiran kontemporari.