Pembangunan instrumen psikometrik menggunakan pendekatan analisis teori respons item untuk pemilihan pelajar kejuruteraan perkapalan

Kajian ini adalah untuk membangunkan, mengesahkan serta menguji ciri psikometrik bagi Inventori Saringan Personaliti Jurutera Samudera (PERJURA). PERJURA dibangunkan untuk melengkapkan proses saringan awal pemilihan pelajar Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP) di Politeknik Malaysia. Ino...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norashady Mohd Noor,, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip,, Nor Farahwahida Mohd Noor,, Haniza Yon,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11942/1/jqma-13-1-paper5.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11942/
http://www.ukm.my/jqma/jqma13_1a.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk membangunkan, mengesahkan serta menguji ciri psikometrik bagi Inventori Saringan Personaliti Jurutera Samudera (PERJURA). PERJURA dibangunkan untuk melengkapkan proses saringan awal pemilihan pelajar Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP) di Politeknik Malaysia. Inovasi ini dihasilkan menggunakan pendekatan analisis Teori Respons Item (IRT). IRT adalah satu teori pengujian moden yang dikembangkan untuk menganalisis keseluruhan item dalam PERJURA. Model Personaliti Lima Faktor menjadi tunjang utama bagi pengukuran personaliti diri. Konstruk Kemandirian pula telah dibangunkan khusus berpandukan Inventori Personaliti Persekitaran Kerja. Personaliti Kemandirian adalah pelengkap kepada penyatuan antara personaliti diri dengan persekitaran kerja. PERJURA dibangunkan berasaskan model pembinaan ADDIE yang melibatkan lima fasa utama. Dapatan menunjukkan sebanyak 108 item daripada 288 item yang diuji ke atas 200 orang responden telah memenuhi kesemua keperluan IRT melalui pengujian menggunakan Model Skala Penarafan Umum dengan bantuan perisian Xcalibre 4.2. PERJURA mampu membantu mengenal pasti tahap keselarasan personaliti calon pelajar untuk tujuan pemilihan. Justeru, inovasi PERJURA adalah medium terbaik dalam usaha mengangkat martabat program kejuruteraan perkapalan di Malaysia agar setanding dengan program sama yang ditawarkan oleh akademi latihan laut yang lebih maju di luar negara.