Pola pelancongan famili: analisis penulisan blog famili

Pelancongan famili merupakan satu aktiviti melawat ke sesuatu destinasi bertujuan untuk berhibur, beriadah dalam tempoh kunjungan sekurang-kurangnya 24 jam atau sehari. Di Malaysia, pelancongan famili adalah sebagai salah satu aktiviti dalam sektor pelancongan domestik dan pelancongan antarabangsa....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Fadhliah MD,, Habibah Ahmad,, Hamzah Jusoh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11902/1/18310-51904-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11902/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/923
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelancongan famili merupakan satu aktiviti melawat ke sesuatu destinasi bertujuan untuk berhibur, beriadah dalam tempoh kunjungan sekurang-kurangnya 24 jam atau sehari. Di Malaysia, pelancongan famili adalah sebagai salah satu aktiviti dalam sektor pelancongan domestik dan pelancongan antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pola pelancongan famili yang dipaparkan oleh penulis blog dan meneliti apakah penulisan tentang percutian famili itu berupaya dan mengarah kepada promosi aktiviti atau destinasi. Sejumlah 300 subjek kajian diambil terdiri daripada penulis blog famili yang membuat ulasan, penceritaan, perkongsian, komen dan maklumbalas terhadap destinasi pelancongan famili yang dilawati atau dikunjungi sama ada dalam negara atau luar negara. Dapatan kajian mendapati pengguna telah menggunakan blog untuk berkongsi dan memberikan ulasan setiap pengalaman serta tarikan yang terdapat di destinasi percutian mereka lawati disamping mempromosikan pelancongan famili kepada seluruh dunia. Segala aktiviti, keunikan destinasi, kepelbagaian perkhidmatan, keselesaan penginapan dan kemudahan pengangkutan yang dilalui oleh pelancong famili dikongsikan bersama melalui penulisan blog mereka kepada pelayar lain. Hasil kepuasan terhadap kualiti destinasi yang dilawati bersama famili merupakan keseronokan yang mereka alami di samping turut membantu dalam mempromosikan destinasi tersebut. Sebagai kesimpulan, blog mempunyai pengaruh yang signifikan dalam mempromosikan pelancongan famili dari segi aktiviti mahupun destinasi.