Sejarah penubuhan dan perkembangan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan, 1911 hingga 1941

Pengenalan perkhidmatan kesihatan mental oleh British merupakan salah satu kesan daripada perkembangan kemajuan sosioekonomi di Semenanjung Tanah Melayu. Makalah ini bertujuan mengupas sejarah penubuhan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan, Perak dengan berfokus mengenai penubuhan dan perkemban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Awaludin Ahmad,, Nordin Hussin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11901/1/18305-51903-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11901/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/923
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengenalan perkhidmatan kesihatan mental oleh British merupakan salah satu kesan daripada perkembangan kemajuan sosioekonomi di Semenanjung Tanah Melayu. Makalah ini bertujuan mengupas sejarah penubuhan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan, Perak dengan berfokus mengenai penubuhan dan perkembangan institusi rawatan penyakit mental ini. Kajian merangkumi perbincangan seperti perkembangan pentadbiran, bilangan pesakit mental dan kaedah rawatan yang dilaksanakan sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Kajian kualitatif ini dilaksanakan melalui kaedah rujukan dan interpretasi sumber primer yang terdiri daripada rekod-rekod kolonial di Arkib Negara Malaysia selain melaksanakan penyelidikan lapangan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Hasil kajian membuktikan penubuhan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan pada tahun 1911 telah mengalami beberapa perkembangan sehingga tahun 1941 termasuklah aspek pentadbiran dan peningkatan bilangan pesakit mental yang menerima rawatan. Kajian juga mendapati terdapat beberapa undang-undang berkaitan masalah penyakit mental telah dikuatkuasakan bagi memastikan keberkesanaan perkhidmatan kesihatan mental di Semenanjung Tanah Melayu. Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada bidang sejarah sosial terutama dalam penulisan sejarah kesihatan era kolonial sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.