Perbandingan dasar luar Malaysia dan Indonesia terhadap Amerika Syarikat dan China dari perspektif Realisme Neo-Klasik

Sejak berakhirnya Perang Dingin, kebangkitan persaingan geo-strategik antara AS dan China telah menghadirkan suatu dilema baharu kepada para pemimpin Asia. Kajian ini mendalami evolusi hubungan antara Malaysia dan Indonesia dengan AS dan China dari perspektif Realisme Neo-Klasik. Persoalan yang me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Muein Abadi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11890/1/17310-49140-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11890/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/885
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak berakhirnya Perang Dingin, kebangkitan persaingan geo-strategik antara AS dan China telah menghadirkan suatu dilema baharu kepada para pemimpin Asia. Kajian ini mendalami evolusi hubungan antara Malaysia dan Indonesia dengan AS dan China dari perspektif Realisme Neo-Klasik. Persoalan yang memandu kajian ini ialah: apakah yang menjelaskan perbezaan serta perubahan dalam dasar Malaysia dan Indonesia terhadap kedua-dua AS serta China? Pendekatan kualitatif digunapakai dengan perbandingan kes secara terfokus demi mengkaji sama ada angkubah bersandar, yakni variasi dasar AS-China oleh Malaysia dan Indonesia adalah selari dengan variasi dalam angkubah bebas dan angkubah mencelah yang dikaji. Bagi menganalisis data secara sistematik, tiga prosedur terlibat: pemerhatian ke atas keadaan struktural; pemerhatian terhadap impak keadaan struktural ke atas asas pengabsahan elit domestik; serta pemerhatian terhadap dasar Malaysia dan Indonesia kepada AS-China. Kajian ini dirumuskan dengan menekankan dapatan utamanya bahawa dari segi struktur, kekuasaan AS serta kebangkitan China adalah merupakan faktor struktural utama yang mempengaruhi respon Malaysia dan Indonesia terhadap kedua-dua kuasa terbabit. Namun demikian, kajian ini turut mendapati bahawa faktor yang menentukan bentuk respon dasar luar Malaysia dan Indonesia kepada AS-China terbabit ialah faktor asas pengabsahan elit domestik. Para pemimpin di Malaysia dan Indonesia kedua-duanya didapati mengubah parameter hubungan mereka dengan Washington dan Beijing menurut perkembangan asas pengabsahan kuasa mereka di dalam negeri.