Sikap dan jantina guru Bahasa Melayu sekolah rendah daerah Serian terhadap pemilihan bahan bantu mengajar

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pemilihan ciri-ciri bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jeffery Tikok,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11832/1/162-313-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11832/
http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/47
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pemilihan ciri-ciri bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan sikap guru dalam pemilihan penggunaan BBM berdasarkan jantina. Kajian tinjauan deskriptif dan inferensi digunakan sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 117 orang guru mata pelajaran bahasa Melayu di daerah Serian dijadikan sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan guru bersikap positif terhadap pemilihan ciri-ciri BBM yang digunakan dalam PdPc adalah tinggi dengan min 3.86. Analisis ujian-t pula membuktikan tiada perbezaan sikap guru terhadap pemilihan BBM berdasarkan jantina. Ujian-t bagi perbandingan sikap guru-guru lelaki dan guru-guru perempuan ialah p = 0.24. Tahap signifikan ini adalah lebih besar daripada 0.05 ( p = 0.24 > 0.05). Hasil kajian ini dapat memberi input bermanfaat mengenai sikap guru mata pelajaran bahasa Melayu terhadap pemilihan BBM dalam PdPc di dalam bilik darjah di daerah Serian. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang terlibat dalam perkembangan profesionalisme guru selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkasakan pedogogi guru abad ke-21.