Konflik semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam filem seram kontemporari Melayu: kajian kes filem Senjakala

Filem seram kontemporari Melayu secara tidak langsung sering memaparkan konflik di antara hubungan ibu dan anak perempuan sebagai (representasi) konflik semiotik dan simbolik. Konflik ini sering terjadi dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam naratif filem seram. Pelbagai kajian telah dibuat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azlina Asaari,, Jamaluddin Aziz,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11782/1/21091-63599-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11782/
http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1043
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Filem seram kontemporari Melayu secara tidak langsung sering memaparkan konflik di antara hubungan ibu dan anak perempuan sebagai (representasi) konflik semiotik dan simbolik. Konflik ini sering terjadi dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam naratif filem seram. Pelbagai kajian telah dibuat berkenaan watak wanita dalam filem seram di Malaysia, namun masih kurang yang menekankan kepada konflik alam semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan. Justeru, artikel ini akan meneliti konflik semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam filem seram kontemporari Melayu, Senjakala (2011) arahan Ahmad Idham. Dengan menggunakan teori feminis psikoanalisis terutamanya konsep Abjection yang diketengahkan oleh Julia Kristeva (1982), kaedah analisis tekstual diguna pakai untuk merungkai konflik alam semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan. Analisis mendapati filem ini cuba membawa lari tanggapan tradisional ideologi patriarki bahawa semua perkara di dalam dunia ini adalah stabil dan boleh diuruskan. Maka dengan adanya konflik semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan ini, ia memberi ruang kepada wanita untuk berkuasa dan mengganggu-gugat ideologi dominan ini. Konflik semiotik dan simbolik ini membuktikan bahawa ideologi dominan patriarki tidak sestabil seperti yang dikatakan.