Pembangunan kebolehpasaran siswazah: tindakan universiti dan cabaran yang dihadapi
Dilema yang dihadapi oleh kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia adalah apabila peningkatan dalam bilangan pelajar berpendidikan tinggi yang tidak dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Ketidakselarasan dari penawaran dan permintaan dalam pasaran buruh siswazah telah menimbulkan banyak...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11759/1/artikel-2_Nooriah-Yusof_USM_FINAL.pdf http://journalarticle.ukm.my/11759/ http://www.ukm.my/personalia/publication-category/jilid-20-bil-1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dilema yang dihadapi oleh kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia adalah apabila peningkatan dalam
bilangan pelajar berpendidikan tinggi yang tidak dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Ketidakselarasan
dari penawaran dan permintaan dalam pasaran buruh siswazah telah menimbulkan banyak isu bukan sahaja dari
segi peranan institusi pengajian tinggi dan program pengajian yang ditawarkan tetapi juga dari segi kualiti graduan
yang dilahirkan. Pasaran buruh siswazah telah mengalami banyak perubahan dari segi permintaan terhadap tenaga
kerja dan keperluan ekoran daripada perubahan teknologi yang semakin hebat dan peningkatan globalisasi. Hal ini
telah menyebabkan peranan universiti pada masa kini bukan sekadar menjadi gedung ilmu dalam membangunkan
modal manusia berpengetahuan tetapi juga perlu menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai satu agenda penting
melalui penawaran program pengajian yang ingin ditawarkan kepada pelajar. Makalah ini akan membincangkan
peranan yang dimainkan oleh universiti dengan merujuk kepada kajian kes di Universiti Sains Malaysia (USM)
dan Universiti Utara Malaysia (UUM) serta kekangan yang telah dihadapi oleh pelajar dalam mengambil peluang
mengikuti program-program yang dianjurkan oleh pihak universiti. Justeru, kajian ini merupakan satu kajian
penerokaan yang menggabungkan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif bagi mengukuhkan hasil dapatan
kajian dengan menggunakan borang soal selidik dan kajian temu bual sebagai instrumen kajian. Walaupun
menyedari intervensi melalui tindakan proaktif pada peringkat pengajian di universiti sebenarnya adalah penting
dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran gradúan
namun hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadi kekangan kepada pelajar dalam mengikuti
program yang disediakan semasa pengajian di universiti khususnya faktor kekangan masa dan informasi. |
---|