Raver dan hipster: ekspresi sub-budaya remaja di Kuala Lumpur

Rave sebenarnya ialah satu bentuk ekspresi sub-budaya. Walau bagaimanapun, tularnya video tarian rave dalam media sosial di Malaysia telah lebih memfokuskan ia kepada konteks budaya negatif dan hedonisme. Hal ini ditambah lagi dengan isu pergaduhan antara kelompok raver dan hipster. Yang berpunca da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sharifah Nursyahidah Syed Annuar,, Muhammad Febriansyah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11733/1/17241-71668-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11733/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1075
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rave sebenarnya ialah satu bentuk ekspresi sub-budaya. Walau bagaimanapun, tularnya video tarian rave dalam media sosial di Malaysia telah lebih memfokuskan ia kepada konteks budaya negatif dan hedonisme. Hal ini ditambah lagi dengan isu pergaduhan antara kelompok raver dan hipster. Yang berpunca daripada stratifikasi sosial. Pada asalnya, rave ialah tarian yang diiringi oleh muzik berentak rancak dan elektronik yang dimainkan oleh deejay. Kebanyakan acara tarian ini ada di konsert, parti dan kelab eksklusif. Namun, sesetengah kelompok raver di Kuala Lumpur boleh ditemui menari di kawasan membeli-belah seperti di KLCC (Kuala Lumpur City Centre) dan Pavilion. Situasi ini menunjukkan seakan-akan ada ekspresi yang cuba disampaikan oleh mereka dengan menari di tempat umum, lebih-lebih lagi apabila mereka tidak bersefahaman dengan kelompok hipster. Kajian ini membincangkan rave dari sudut sub-budaya, pemikiran dan aktiviti yang dilakukan oleh segolongan remaja raver di Kuala Lumpur. Ia bermatlamat untuk mengenal pasti ekspresi sosial, amalan-amalan dan penggunaan ruang oleh kelompok raver dan hipster. Teori dan konsep seperti sub-budaya, arus perdana, dan ruang awam turut dibincangkan. Kajian ini adalah berdasarkan data empirik daripada pengamatan langsung terhadap aktiviti yang dijalankan oleh golongan raver dan temu bual mendalam dengan beberapa anggota kelompok raver. Kajian ini mendapati rave ialah ekspresi sub-budaya sebagaimana rock, skinhead, punk dan goth yang menjadi pencetus kepada kepanikan moral di negara ini. Budaya rave di Malaysia yang dipaparkan oleh mereka dilihat telah disesuaikan mengikut keadaan sosial di negara ini.