Struktur pembiayaan dan risiko kecairan: analisis perbankan Islam domestik dan asing di Malaysia

Risiko kecairan berpunca daripada kegagalan bank untuk memenuhi tuntutan liabiliti kepada pelanggan pada kos yang berpatutan dan pada masa yang diperlukan. Ia boleh menyebabkan masalah ketaksolvenan bank dan sekaligus boleh menjejaskan kestabilan sistem kewangan negara. Struktur pembiayaan merupakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noraini Mat Yaakub,, Aisyah Abdul-Rahman,, Ahmad Azam Sulaiman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11618/1/jeko_51%282%29-10.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11618/
http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017-2.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ukm.journal.11618
record_format eprints
spelling my-ukm.journal.116182018-04-30T00:54:49Z http://journalarticle.ukm.my/11618/ Struktur pembiayaan dan risiko kecairan: analisis perbankan Islam domestik dan asing di Malaysia Noraini Mat Yaakub, Aisyah Abdul-Rahman, Ahmad Azam Sulaiman, Risiko kecairan berpunca daripada kegagalan bank untuk memenuhi tuntutan liabiliti kepada pelanggan pada kos yang berpatutan dan pada masa yang diperlukan. Ia boleh menyebabkan masalah ketaksolvenan bank dan sekaligus boleh menjejaskan kestabilan sistem kewangan negara. Struktur pembiayaan merupakan salah satu daripada punca berlakunya risiko kecairan. Kegagalan bank menguruskan struktur pembiayaan dengan berkesan boleh meningkatkan risiko kemungkiran dan akhirnya meningkatkan risiko kecairan. Kajian ini melihat hubungan antara struktur pembiayaan dan risiko kecairan di samping membuat perbandingan di antara perbankan Islam domestik dan perbankan Islam asing di Malaysia. Kajian ini menggunakan dua pengukuran bagi risiko kecairan, iaitu; nisbah liputan kecairan (liquidity coverage ratio-LCR) dan nisbah pembiayaan stabil bersih (net stable funding ratio-NSFR). LCR dan NSFR masing-masing menggambarkan risiko kecairan jangka pendek (30 hari) dan jangka yang lebih panjang (setahun). Bagi struktur pembiayaan pula, kajian ini menggunakan empat pengukuran, iaitu; pembiayaan hartanah, indeks pengkhususan (SPEC), serta kestabilan struktur pembiayaan jangka pendek (LCC) dan jangka panjang (VART). Dengan menggunakan regresi panel statik bagi 10 buah perbankan Islam domestik dan 7 buah perbankan Islam asing bagi tempoh 1994-2014, hasil kajian menunjukkan bahawa struktur pembiayaan bagi perbankan Islam domestik mempengaruhi LCR secara positif. Khususnya, hasil kajian menunjukkan semakin tinggi pembiayaan yang diberikan oleh bank kepada sektor hartanah dan semakin stabil struktur pembiayaan jangka pendek (LCC) yang ditawarkan oleh perbankan Islam domestik, maka bank terdedah kepada risiko kecairan jangka pendek (LCR) yang tinggi. Namun sebaliknya, wujud hubungan yang negatif bagi pembiayaan hartanah perbankan Islam asing dengan NSFR. Semakin tinggi pembiayaan hartanah yang diberikan oleh bank kepada pelanggan, maka semakin rendah risiko kecairan jangka panjang (NSFR) yang dihadapi oleh perbankan Islam asing. Keadaan ini berlaku disebabkan perbankan Islam asing memberikan pembiayaan kepada pelanggan yang kurang berisiko untuk mungkir berbanding perbankan Islam domestik. Kesimpulannya, penggubal dasar di peringkat makro dan mikro perlu mengambil kira gelagat struktur pembiayaan dalam merangka strategi pengurusan risiko kecairan yang berkesan. Di samping itu, berdasarkan tren struktur pembiayaan sesebuah bank, pelabur dan pelanggan juga mempunyai gambaran tentang risiko kecairan bank tersebut, seterusnya membantu mereka untuk membuat keputusan pelaburan mahupun simpanan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/11618/1/jeko_51%282%29-10.pdf Noraini Mat Yaakub, and Aisyah Abdul-Rahman, and Ahmad Azam Sulaiman, (2017) Struktur pembiayaan dan risiko kecairan: analisis perbankan Islam domestik dan asing di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 51 (2). pp. 133-149. ISSN 0127-1962 http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017-2.html
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
building Perpustakaan Tun Sri Lanang Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Kebangsaan Malaysia
content_source UKM Journal Article Repository
url_provider http://journalarticle.ukm.my/
language English
description Risiko kecairan berpunca daripada kegagalan bank untuk memenuhi tuntutan liabiliti kepada pelanggan pada kos yang berpatutan dan pada masa yang diperlukan. Ia boleh menyebabkan masalah ketaksolvenan bank dan sekaligus boleh menjejaskan kestabilan sistem kewangan negara. Struktur pembiayaan merupakan salah satu daripada punca berlakunya risiko kecairan. Kegagalan bank menguruskan struktur pembiayaan dengan berkesan boleh meningkatkan risiko kemungkiran dan akhirnya meningkatkan risiko kecairan. Kajian ini melihat hubungan antara struktur pembiayaan dan risiko kecairan di samping membuat perbandingan di antara perbankan Islam domestik dan perbankan Islam asing di Malaysia. Kajian ini menggunakan dua pengukuran bagi risiko kecairan, iaitu; nisbah liputan kecairan (liquidity coverage ratio-LCR) dan nisbah pembiayaan stabil bersih (net stable funding ratio-NSFR). LCR dan NSFR masing-masing menggambarkan risiko kecairan jangka pendek (30 hari) dan jangka yang lebih panjang (setahun). Bagi struktur pembiayaan pula, kajian ini menggunakan empat pengukuran, iaitu; pembiayaan hartanah, indeks pengkhususan (SPEC), serta kestabilan struktur pembiayaan jangka pendek (LCC) dan jangka panjang (VART). Dengan menggunakan regresi panel statik bagi 10 buah perbankan Islam domestik dan 7 buah perbankan Islam asing bagi tempoh 1994-2014, hasil kajian menunjukkan bahawa struktur pembiayaan bagi perbankan Islam domestik mempengaruhi LCR secara positif. Khususnya, hasil kajian menunjukkan semakin tinggi pembiayaan yang diberikan oleh bank kepada sektor hartanah dan semakin stabil struktur pembiayaan jangka pendek (LCC) yang ditawarkan oleh perbankan Islam domestik, maka bank terdedah kepada risiko kecairan jangka pendek (LCR) yang tinggi. Namun sebaliknya, wujud hubungan yang negatif bagi pembiayaan hartanah perbankan Islam asing dengan NSFR. Semakin tinggi pembiayaan hartanah yang diberikan oleh bank kepada pelanggan, maka semakin rendah risiko kecairan jangka panjang (NSFR) yang dihadapi oleh perbankan Islam asing. Keadaan ini berlaku disebabkan perbankan Islam asing memberikan pembiayaan kepada pelanggan yang kurang berisiko untuk mungkir berbanding perbankan Islam domestik. Kesimpulannya, penggubal dasar di peringkat makro dan mikro perlu mengambil kira gelagat struktur pembiayaan dalam merangka strategi pengurusan risiko kecairan yang berkesan. Di samping itu, berdasarkan tren struktur pembiayaan sesebuah bank, pelabur dan pelanggan juga mempunyai gambaran tentang risiko kecairan bank tersebut, seterusnya membantu mereka untuk membuat keputusan pelaburan mahupun simpanan.
format Article
author Noraini Mat Yaakub,
Aisyah Abdul-Rahman,
Ahmad Azam Sulaiman,
spellingShingle Noraini Mat Yaakub,
Aisyah Abdul-Rahman,
Ahmad Azam Sulaiman,
Struktur pembiayaan dan risiko kecairan: analisis perbankan Islam domestik dan asing di Malaysia
author_facet Noraini Mat Yaakub,
Aisyah Abdul-Rahman,
Ahmad Azam Sulaiman,
author_sort Noraini Mat Yaakub,
title Struktur pembiayaan dan risiko kecairan: analisis perbankan Islam domestik dan asing di Malaysia
title_short Struktur pembiayaan dan risiko kecairan: analisis perbankan Islam domestik dan asing di Malaysia
title_full Struktur pembiayaan dan risiko kecairan: analisis perbankan Islam domestik dan asing di Malaysia
title_fullStr Struktur pembiayaan dan risiko kecairan: analisis perbankan Islam domestik dan asing di Malaysia
title_full_unstemmed Struktur pembiayaan dan risiko kecairan: analisis perbankan Islam domestik dan asing di Malaysia
title_sort struktur pembiayaan dan risiko kecairan: analisis perbankan islam domestik dan asing di malaysia
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2017
url http://journalarticle.ukm.my/11618/1/jeko_51%282%29-10.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11618/
http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017-2.html
_version_ 1643738552697094144
score 13.188404