Analisis psikometrik skala pengukuran pengurusan privasi komunikasi Facebook

Facebook merupakan platform komunikasi maya yang paling popular dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia. Kajian ini bertujuan mengenalpasti analisis psikometrik Skala Pengukuran Pengurusan Privasi Komunikasi Facebook versi terjemahan Bahasa Melayu. Kajian pertama melibatkan 145 pemilik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sobhi Ishak,, Azizah Sarkowi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11596/1/19505-71436-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11596/
http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1025
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Facebook merupakan platform komunikasi maya yang paling popular dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia. Kajian ini bertujuan mengenalpasti analisis psikometrik Skala Pengukuran Pengurusan Privasi Komunikasi Facebook versi terjemahan Bahasa Melayu. Kajian pertama melibatkan 145 pemilik akaun Facebook dalam kalangan penjawat awam di negeri Kedah yang ditentukan melalui kaedah persampelan rawak mudah. Borang soal selidik mengandungi maklumat demografi dan 18 item Skala Pengukuran Pengurusan Privasi Komunikasi Facebook yang diadaptasi daripada Skala Pengurusan Privasi Blog. Item asal skala dinilai menggunakan Analisis Faktor Penerokaan (EFA). Empat model hipotesis diuji bagi menilai susunan struktur skala terbaik berdasarkan Analisis Faktor Pengesahan (CFA). Dapatan EFA menunjukkan komponen Sempadan Pemilikan, Sempadan Hubungan dan Sempadan Kebolehtelapan dalam skala ini terbentuk berdasarkan 12 item yang masih menepati konsep asal Teori Pengurusan Privasi Komunikasi. Analisis CFA menunjukkan model multidimensi yang dibentuk mencapai keesahan konvergen dan ketepatan padanan yang baik. Kajian kedua melibatkan 138 orang pelajar Universiti Awam untuk menentukan kekukuhan skala kajian. Borang soal selidik secara dalam talian telah disebarkan yang mengandungi maklumat demografi, Skala Pengukuran Pengurusan Privasi Komunikasi Facebook dan Kesedaran Kendiri. Analisis Faktor Pengesahan (CFA) dalam kajian kedua menunjukkan model multidimensi tiga faktor Skala Pengukuran Pengurusan Privasi Komunikasi Facebook mencapai kebolehpercayaan, kesahan konvergen, kesahan diskriminan, kesahan nomologikal, dan kesahan prediktif yang baik. Kesimpulannya, Skala Pengukuran Pengurusan Privasi Komunikasi Facebook yang diterjemah ke Bahasa Melayu ini sesuai digunakan dalam konteks kajian di Malaysia.