Sintesis, penilaian biologi dan kajian dok sebatian auron ke atas enzim xantin oksidase

Perencatan aktiviti xantin oksidase (XO) merupakan satu pendekatan terapeutik yang berkesan dalam rawatan penyakit seperti gout dan hiperurikemia. Selain itu, penggunaan perencat XO juga dapat diluaskan kepada rawatan kecederaan contohnya reperfusi iskemia di pelbagai organ seperti jantung, hati dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lam, Kok Wai, Kamal Rullah,, Mohd Fadhlizil Fasihi Mohd Aluwi,, Saw, Phin Khye, Ang, Serene
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11509/1/18825-69339-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11509/
http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/684
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perencatan aktiviti xantin oksidase (XO) merupakan satu pendekatan terapeutik yang berkesan dalam rawatan penyakit seperti gout dan hiperurikemia. Selain itu, penggunaan perencat XO juga dapat diluaskan kepada rawatan kecederaan contohnya reperfusi iskemia di pelbagai organ seperti jantung, hati dan buah pinggang. Dalam kajian ini, sebanyak 7 sebatian auron telah disintesis dan diuji ke atas XO dan dibandingkan dengan kawalan positif allopurinol. Sebatian 5e dikenalpasti sebagai sebatian yang paling berpotensi dan mampu merencatkan separuh daripada aktiviti XO pada 33.23 μM diikuti oleh sebatian 5f pada 210.22 μM dan sebatian 5d pada 302.0 μM. Kajian dok molekul telah dijalankan untuk memahami interaksi penting antara auron yang terpilih dengan tapak aktif XO.