Soal selidik kendalian kendiri indeks fungsi visual (VF14) dan korelasinya dengan akuiti visual koreksi terbaik pada warga emas

Kajian ini dilakukan untuk menentukan skor kendalian kendiri indeks fungsi visual (VF14) dan korelasinya dengan akuiti visual koreksi terbaik pada warga emas. Subjek kajian ialah warga emas berumur 60 tahun ke atas yang mengambil bahagian dalam kajian yang sedang dijalankan iaitu“Model Perlindungan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Zawiyah Mansor,, Saadah Mohamed Akhir,, Zainora Mohammed,, Norhani Mohidin,, Bariah Mohd Ali,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11492/1/17476-56281-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11492/
http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/894
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk menentukan skor kendalian kendiri indeks fungsi visual (VF14) dan korelasinya dengan akuiti visual koreksi terbaik pada warga emas. Subjek kajian ialah warga emas berumur 60 tahun ke atas yang mengambil bahagian dalam kajian yang sedang dijalankan iaitu“Model Perlindungan Neuro Bagi Penuaan Sihat Di Kalangan Warga Emas (TUA). Akuiti visual diukur dengan menggunakan carta logMAR. Penilaian soal selidik kendalian kendiri diukur menggunakan Indeks Fungsi Visual (VF14) berbahasa Melayu yang telah diubah suai. Seramai 482 (93.05%) daripada 518 subjek kajian telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Purata umur subjek kajian ialah 69.18 ± 5.67 tahun dan purata akuiti visual koreksi terbaik ialah logMAR 0.21 ± 0.17. Purata skor VF14 ialah 89.65 ± 13.19. Perempuan mempunyai purata skor VF14 yang lebih rendah jika dibandingkan dengan lelaki (skorperempuan89.21 ± 12.76, skorlelaki90.11 ± 13.65) tetapi tidak ada perbezaan secara statistik (z= -1.09, p= 0.277). Terdapat korelasi yang sederhana tetapi signifikan antara skor VF14 dan akuiti visual koreksi terbaik (r = -0.412, p < 0.01). Kesimpulannya, akuiti visual koreksi terbaik sahaja tidak boleh digunakan sebagai indikator untuk menjelaskan perubahan skor VF14. Kajian ini menunjukkan ia hanya menyumbang kepada 17.2% kepada perubahan skor VF14. Gabungan banyak faktor lain seperti faktor sosio demografik (bangsa, status pendidikan dan masalah kesihatan), sensitiviti kontras dan stereopsis perlu diambil kira apabila menilai fungsi visual yang diukur dengan VF14.