Kepercayaan terhadap amalan pemakanan dalam kalangan penjaga kanak-kanak leukemia dan kumpulan profesional kesihatan di Hospital Kuala Lumpur –kajian kualitatif

Kepercayaan terhadap amalan pemakanan oleh ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam pengambilan pemakanan kanak-kanak leukemia. Namun kajian tempatan yang mengkaji amalan dan kepercayaan pemakanan dalam kalangan penjaga pesakit leukemia sangat terhad. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Asilah Yusof,, Zahara Abdul Manaf,, Poh, Bee Koon, Roslee Rajikan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11488/1/17599-56277-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11488/
http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/894
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepercayaan terhadap amalan pemakanan oleh ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam pengambilan pemakanan kanak-kanak leukemia. Namun kajian tempatan yang mengkaji amalan dan kepercayaan pemakanan dalam kalangan penjaga pesakit leukemia sangat terhad. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepercayaan terhadap amalan pemakanan dalam kalangan penjaga kanak-kanak yang menghidap leukemia ahli profesional kesihatan di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL), Malaysia. Kajian secara kualitatif ini dijalankan bagi menilai kepercayaan dan amalan terhadap sesuatu makanan dalam kalangan penjaga pesakit leukemia kanak-kanak. Seramai 30 orang subjek yang terdiri daripada 10 orang ahli profesional kesihatan dan 20 orang penjaga pesakit telah ditemu bual menggunakan kaedah temu duga semi-struktur. Temu duga ini ditranskripkan dan dianalisa menggunakan perisian kualitatif ATLAS.ti. versi 7.5.6 yang seterusnya membentuk beberapa tema. Lima tema yang telah ditemui dalam kajian ini iaitu: (1) kepercayaan terhadap makanan yang mampu menyembuhkan kanser, (2) kepercayaan mengenai pengambilan susu dan daging, (3) kepercayaan makanan yang mengandungi pestisid,(4) kepercayaan terhadap makanan yang menyebabkan kegatalan, dan (5) sumber maklumat pemakanan dan pengetahuan pemakanan dalam kalangan penjaga. Kajian ini menunjukkan wujudnya kepercayaan terhadap amalan pemakanan tertentu dalam kalangan penjaga pesakit dan kumpulan profesional kesihatan. Maklumat daripada hasil kajian ini boleh memberikan perspektif mengenai kepercayaan terhadap amalan pemakanan tertentu dalam kalangan penjaga kanak-kanak leukemia dan kumpulan profesional kesihatan. Perkara ini penting kepada ahli profesional kesihatan terutamanya semasa merancang strategi untuk memberi pendidikan pemakanan kepada penjaga untuk memperbaiki status pemakanan pesakit.