Pusat pentadbiran Putrajaya sebagai destinasi pelancongan : satu analisis SWOT produk pelancongan

Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk menjadi salah sebuah destinasi pelancongan. Kepelbagaian produk pelancongan sedia ada telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan Putrajaya dalam peta pelancongan domestik dan antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Amirah Kamarus Zaman,, Habibah Ahmad,, Er, Ah Choy, Nur Atiqah Kamarus Zaman,, Hamzah Jusoh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11404/1/16244-45539-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11404/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/884
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk menjadi salah sebuah destinasi pelancongan. Kepelbagaian produk pelancongan sedia ada telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan Putrajaya dalam peta pelancongan domestik dan antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana Putrajaya mengekalkan aliran kedatangan pelancong yang berterusan melalui tarikan produk pelancongannya. Analisis SWOT terhadap produk pelancongan iaitu Sukan dan Rekreasi, Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran (MICE), Persekitaran Semula jadi, Persekitaran Bangunan Buatan Manusia, Kebudayaan dan Warisan, Makanan dan Pusat Membeli-belah serta Perubatan dan Kesihatan telah dilakukan untuk mengenal pasti aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh Putrajaya sebagai destinasi pelancongan. Hasil kajian mendapati produk pelancongan Putrajaya mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam menarik kedatangan pelancong iaitu dari segi reka bentuk bangunan dan jambatan, keindahan landskap taman dan tasik serta memberi kesan yang memuaskan kepada pelancong. Walau bagaimanapun terdapat juga ancaman dan kelemahan yang perlu diatasi kerana terlalu banyak produk pelancongan diperkenalkan sehingga menyebabkan Putrajaya tidak mempunyai satu produk utama yang khusus untuk memperkenalkan Putrajaya secara keseluruhan atau mutlak.