Analisis kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadap pembangunan modal insan di Malaysia

Pembangunan modal insan merupakan intipati serta menjadi tunjang utama kepada kepimpinan mantan Perdana Menteri kelima Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dewasa kini, aspek pembangunan modal insan menjadi fokus utama dunia dalam penyediaan masyarakat yang berhemah tinggi serta tinggi nilai bu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jefridin Atan,, Muhammad Hilmi Jalil,, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11337/1/20016-57107-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11337/
http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/990
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan modal insan merupakan intipati serta menjadi tunjang utama kepada kepimpinan mantan Perdana Menteri kelima Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dewasa kini, aspek pembangunan modal insan menjadi fokus utama dunia dalam penyediaan masyarakat yang berhemah tinggi serta tinggi nilai budi pekertinya. Pembangunan negara kelas utama harus seiring dengan pemikiran masyarakat yang berminda kelas pertama. Malaysia adalah sebuah negara yang menuju ke arah negara perolehan pendapatan tinggi, namun pemikiran masyarakat masih kelas ketiga. Objektif utama kajian ini adalah untuk memperlihatkan aspek utama penerapan pembangunan modal insan yang dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kajian ini bersifat kualitatif deskriptif dalam menghurai peranan serta sumbangan utama Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkasakan pembangunan modal insan kepada masyarakat di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini juga akan memaparkan analisis dan rangka kerja pembangunan modal insan yang diaplikasikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam masyarakat majmuk Malaysia.