Klasifikasi al-Quran terhadap tingkah laku manusia dalam membina peradaban
Sebagai panduan dan pedoman bagi manusia, al-Quran tidak hanya merangkumi perkara yang berkaitan dengan aqidah, ibadah, muamalah dan akhlak, tetapi juga membincangkan hal-hal yang berhubung kait dengan manusia, seperti asal kejadian, proses penciptaan serta matlamat dan tujuan mereka dicipta oleh Al...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11332/1/20008-57065-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/11332/ http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/990 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sebagai panduan dan pedoman bagi manusia, al-Quran tidak hanya merangkumi perkara yang berkaitan dengan aqidah, ibadah, muamalah dan akhlak, tetapi juga membincangkan hal-hal yang berhubung kait dengan manusia, seperti asal kejadian, proses penciptaan serta matlamat dan tujuan mereka dicipta oleh Allah SWT. Al-Quran juga tidak ketinggalan membincangkan perilaku, sikap dan tabiat manusia, baik yang dapat dikesan oleh pancainderia mahupun yang tersembunyi dalam hati sanubari. Hal ini dimaktubkan dalam banyak surah dan ayat. Namun adanya penjelasan tentang hakikat tingkah laku ini kurang disedari oleh kebanyakan sarjana, sedangkan ianya amat penting untuk menyelesaikan masalah manusia yang berkaitan khususnya tingkah laku yang negatif. Mereka lebih banyak merujuk kepada sumber bukan daripada al-Quran ataupun pandangan sarjana barat semata-mata apabila membicarakan tentang tingkah laku dan perkara yang berhubungan dengannya. Sehubungan dengan itu, penulisan ini bertujuan membincangkan kepelbagaian tingkah laku manusia menerusi ayat al-Quran serta huraiannya. Huraian al-Quran mengenainya adalah isyarat kepada tranformasi tingkah laku manusia yang dianjurkan bagi membina peradaban yang unggul. Perbincangan merujuk kepada ayat al-Quran dan huraian serta analisisnya menurut sarjana Islam, khususnya dalam kalangan ahli tafsir. Boleh dirumuskan bahawa al-Quran telah mengisyaratkan kepelbagaian tingkah laku manusia samada tingkah laku yang meliputi aspek luaran manusia (fizikal) dan juga aspek dalaman (rohani). Mengetahui dan memahami kepelbagaian ini dapat membantu usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang dengan mengenal pasti diri mereka dari sudut tindakan dan perbuatannya. |
---|