Pembangunan instrumen penerimaan e-pembelajaran pelajar pascasiswazah menggunakan analisis Rasch

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penerimaan e-pembelajaran bagi pelajar pascasiswazah dengan menggunakan analisis Rasch. Objektif kajian ini adalah mengukur instrumen dengan menggunakan ujian-ujian dalam analisis Rasch seperti polariti item, varians reja terp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hudiya Adzhar,, Aidah Abdul Karim,, Muhammad Uzair Sahrin,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11285/1/22340-64293-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11285/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1052
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penerimaan e-pembelajaran bagi pelajar pascasiswazah dengan menggunakan analisis Rasch. Objektif kajian ini adalah mengukur instrumen dengan menggunakan ujian-ujian dalam analisis Rasch seperti polariti item, varians reja terpiawai, kebolehpercayaan dan juga peta taburan individu-item. Instrumen ini mengandungi 16 item yang menggunakan skala Likert lima mata dan berasaskan Model UTAUT. Soal selidik ini ditadbir atas 97 orang pelajar pascasiswazah Fakulti Pendidikan UKM Bangi. Program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0 telah digunakan untuk memasukkan data dan membuat analisis statistik deskriptif sebelum dianalisis menggunakan program Winstep v3.68.2 untuk analisis Rasch. Dapatan kajian menunjukkan kesemua 16 item yang telah dibina memenuhi keperluan Model Rasch dan sesuai digunakan untuk mengukur penerimaan e-pembelajaran. Namun begitu, pembaikan item dari sudut pelarasan bahasa dan struktur ayat serta penambahan bilangan sampel yang lebih besar perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan item-item soal selidik ini di masa akan datang. Kajian ini juga menunjukkan bahawa analisis Rasch boleh membantu penyelidik memperbaiki soal selidik yang dibina secara telus dan sistematik.