Pengaruh budaya tradisi dan Islam dalam evolusi adat dan ritual kematian komuniti Bajau

Makalah ini bertujuan untuk mengkaji perubahan dalam adat dan ritual kematian masyarakat Bajau akibat pengaruh sistem kepercayaan dan agama Islam. Pemahaman terhadap struktur dan signifikasi simbol non-verbal dalam adat kematian Bajau mewakili beberapa nilai dukungan masyarakat Bajau dari pelbagai d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Halina Sendera Mohd Yakin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11264/1/13978-61626-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11264/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/949
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini bertujuan untuk mengkaji perubahan dalam adat dan ritual kematian masyarakat Bajau akibat pengaruh sistem kepercayaan dan agama Islam. Pemahaman terhadap struktur dan signifikasi simbol non-verbal dalam adat kematian Bajau mewakili beberapa nilai dukungan masyarakat Bajau dari pelbagai dimensi. Bertunjangkan matlamat yang direncanakan, pengkaji telah mengaplikasikan beberapa perspektif teori yang berkaitan untuk memandu arah dan menyokong intipati penelitian iaitu Teori Strukturalisme Levi-Strauss dan Teori Semiotik. Penelitian yang bersifat kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian berbentuk etnografi yang bersifat thick description untuk mendeskripsikan dan menginterpretasikan semiotik dalam adat dan ritual kematian Bajau Kota Belud. Seiringan dengan pendekatan etnografi, pengumpulan data dilaksanakan menerusi kaedah participant observation dengan mengaplikasikan teknik pemerhatian turut serta dan temu bual. Struktur dan simbol kematian menunjukkan bahawa pengaruh kosmologi Hinduisme dan Buddhisme telah mewarnai dan mentransformasikan amalan budaya masyarakat Bajau yang terdahulunya terbentuk dari dunia animisme. Namun setelah menganut agama Islam, amalan budaya masyarakat berkenaan turut berubah. Namun perubahan yang berlaku lebih bersifat evolusi dalam situasi yang tidak seragam bentuknya. Abad yang ke-21 ini, perilaku budaya dalam adat dan ritual kematian memperlihatkan bahawa amalan budaya masyarakat Bajau seolah-olah berunsur sinkretisme, iaitu penyesuaian dan pembauran antara kepercayaan tradisional dan baharu. Namun tidak mustahil perubahan akan berlaku dengan lebih drastik pada abad mendatang kerana proses pemurnian Islam masih berterusan. Amalan dan ritual tradisional dalam adat kematian Bajau masih terus bertahan sehingga kini kerana makna serta fungsinya masih diperlukan.