Sorotan perbezaan had kifayah perbelanjaan keperluan asasi dan kesannya dalam pengiraan zakat pendapatan

Kajian ini bertujuan menganalisis perbezaan jumlah bayaran zakat pendapatan individu berdasarkan had kifayah perbelanjaan keperluan asasi hidup (PKA) yang ditetapkan dalam pengiraan zakat pendapatan di Malaysia. Ketidakseragaman PKA menyebabkan jumlah zakat pendapatan berbeza walaupun pembayar memil...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fidlizan Muhammad,, Salwa Amirah Awang,, Mohd Yahya Mohd Hussin,, Abdul Majid Tahir Mohamed,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11257/1/12536-55981-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11257/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/861
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis perbezaan jumlah bayaran zakat pendapatan individu berdasarkan had kifayah perbelanjaan keperluan asasi hidup (PKA) yang ditetapkan dalam pengiraan zakat pendapatan di Malaysia. Ketidakseragaman PKA menyebabkan jumlah zakat pendapatan berbeza walaupun pembayar memiliki pendapatan dan perbelanjaan yang sama. Sehubungan itu, maklumat jenis dan kadar PKA di setiap negeri dianalisis secara kualitatif untuk memahami bentuk ketidakseragaman tersebut. Selanjutnya, pengiraan zakat pendapatan dengan andaian pembayar mempunyai pendapatan dan perbelanjaan yang sama dilaksana secara simulasi berbantukan kalkulator zakat atas talian setiap Majlis Agama Islam Negeri. Hasil penelitian PKA menunjukkan terdapat persamaan dan perbezaan berkaitan jenis dan kadar yang digunakan. Perbelanjaan untuk diri sendiri, isteri dan anak merupakan antara senarai perbelanjaan yang digunakan oleh semua negeri dalam pengiraan zakat pendapatan. Namun demikian, pengkategorian lebih terperinci untuk perbelanjaan isteri dan anak dengan kadar yang berbeza, dan amalan beberapa jenis perbelanjaan baharu yang hanya diamalkan di beberapa buah negeri sahaja seperti rawatan kronik, tanggungan kurang upaya dan ansuran kenderaan dan rumah memberi kesan terhadap pengiraan jumlah zakat pendapatan individu. Kesan ketidakseragaman PKA melalui analisis simulasi menunjukkan jumlah bayaran zakat pendapatan individu paling kecil adalah di Perlis, manakala bayaran zakat paling tinggi pula di Kedah. Oleh yang demikian, kajian ini mendapati ketidakseragaman jenis dan kadar di dalam PKA boleh menyebabkan berlaku pembayaran zakat merentasi negeri secara meluas. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa perbezaan jenis PKA khususnya antara negeri memerlukan satu penelitian semula. Kewajaran untuk mempertimbangkan jenis PKA adalah penting bagi memberikan kesamarataan kepada pembayar dan penerima zakat sebagaimana jenis pelepasan yang diamalkan dalam sistem percukaian.