Keanjalan buruh-output dan keperluan pekerja asing dalam sektor pembuatan di Malaysia

Artikel ini bertujuan menganalisis keanjalan buruh-output pekerja asing bagi keseluruhan sektor pembuatan dan mengikut sub-sektor pembuatan terpilih di Malaysia. Berdasarkan kepada nilai keanjalan ini, unjuran terhadap keperluan pekerja asing bagi tahun 2020 dilakukan. Pekerja asing diklasifikasik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rahmah Ismail,, Norsarah Yasmin Norzaki,, Mohd Nasir Mohd Saukani,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11239/1/jeko_51%281%29-1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11239/
http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini bertujuan menganalisis keanjalan buruh-output pekerja asing bagi keseluruhan sektor pembuatan dan mengikut sub-sektor pembuatan terpilih di Malaysia. Berdasarkan kepada nilai keanjalan ini, unjuran terhadap keperluan pekerja asing bagi tahun 2020 dilakukan. Pekerja asing diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu pekerja profesional asing (pengurusan, profesional dan eksekutif), pekerja teknikal asing (teknikal dan penyeliaan) dan pekerja am asing (perkeranian, operator pengeluaran dan lain-lain). Analisis artikel ini menggunakan data panel Penyiasatan Industri Pembuatan dari Jabatan Perangkaan Malaysia pada peringkat 5 digit mengikut Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) bagi tempoh 1990-2010. Kaedah Seemingly Unrelated Regression (SUR) digunakan bagi menganggar model permintaan pekerja asing mengikut tiga kategori pekerjaan. Dapatan kajian menunjukkan keanjalan buruh-output pekerja asing bagi keseluruhan sektor pembuatan adalah positif dan signifikan bagi kesemua kategori pekerjaan. Namun terdapat nilai keanjalan buruh-output yang negatif apabila analisis dilakukan mengikut subsektor pembuatan. Unjuran keperluan pekerja asing bagi tahun 2020 menunjukkan permintaan kepada pekerja profesional asing, pekerja teknikal asing dan pekerja am asing masing-masing dijangka meningkat sebanyak 10.5 peratus, 8.3 peratus dan 10.0 peratus. Ini memberi implikasi bahawa kerajaan perlu meningkatkan penawaran buruh tempatan bagi ketiga-tiga kategori ini sesuai dengan keperluan sektor pembuatan supaya kebergantungan kepada pekerja asing dapat dikurangkan.