Analisis konteks peristiwa bahasa Melunas Rindu: aplikasi model Leech dan Grice

Kajian ini menggabungkan dua model kesopanan, iaitu Leech (1983) dan Grice (1975) yang membentuk Model Pola Kombinasi Maksim Umum (MPKMU). Terdapat enam pola kombinasi maksim dalam MPKMU, iaitu Pola 1, Pola 2, Pola 3, Pola 4, Pola 5 dan Pola 6 berdasarkan prinsip hampir sama, tepat dan ekonomis. Kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sara Beden,, Indirawati Zahid,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11213/1/12670-51480-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11213/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/860
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menggabungkan dua model kesopanan, iaitu Leech (1983) dan Grice (1975) yang membentuk Model Pola Kombinasi Maksim Umum (MPKMU). Terdapat enam pola kombinasi maksim dalam MPKMU, iaitu Pola 1, Pola 2, Pola 3, Pola 4, Pola 5 dan Pola 6 berdasarkan prinsip hampir sama, tepat dan ekonomis. Kajian ini menggunakan Pola 2 (5 PS + 3 PK) dalam peristiwa bahasa Melunas Rindu. Berdasarkan pengklasifikasian, didapati 17 daripada 33 peristiwa telah diklasifikasikan dalam Pola 2 dan dianalisis. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan pola kesopanan berbahasa dalam peristiwa bahasa berdasarkan MPKMU. Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini termasuklah analisis teks dan kaedah kuantitatif. Dapatan analisis memperlihatkan 17 peristiwa ini mematuhi prinsip hampir sama dengan kehadiran maksim (i) Persetujuan, (ii) Relevan dan (iii) Maksim Persetujuan dan Relevan yang mencakupi penggunaan jumlah maksim dan dialog yang digunakan. Dapatan ini juga bervariasi atas faktor konteks. Analisis konteks telah dilakukan terhadap enam peristiwa dalam Pola 2 dan dapatan memperlihatkan tiga variasi penyediaan konteks wujud, iaitu (i) pascadata, (ii) pra dan pascadata dan (iii) tiada konteks. Terdapat tiga peristiwa yang kewujudan penyediaan konteksnya signifikan manakala dua peristiwa lagi sebaliknya dan satu peristiwa penyediaan konteks Ø. Sehubungan itu, kewujudan konteks tidak memberikan impak yang menyeluruh terhadap kelengkapan maklumat dalam peristiwa bahasa yang dianalisis. Kajian ini telah memperlihatkan keperluan wujudnya keserasian antara penggunaan unsur-unsur bahasa dengan topik yang menjadi fokus perbincangan. Keserasian dan kesesuaian penggunaan unsur-unsur bahasa merupakan aspek penting bagi memperlihatkan kesopanan dan pembudayaannya dalam kalangan generasi muda yang selaras dengan agenda Dasar Pendidikan Negara.