Identifikasi identiti biseksual dan hubungannya dengan aspek sokongan sosial dan kesihatan mental dalam kalangan individu biseksual di Melaka

Kajian ini dijalankan untuk mengidentifikasi identiti biseksual dan hubungannya dengan aspek sokongan sosial dan kesihatan mental dalam kalangan individu biseksual di Melaka. Dewasa ini biseksual merupakan fenomena yang semakin membimbangkan dan menjadi isu kontroversi di Malaysia kerana statistik a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suhaya Deraman,, Salasiah Hanin Hamjah,, Ahmad Irdha Mokhtar,, Anis Nor Amelia Nor Asikin,, Izzah Nur Aida Zur Raffar,
Format: Article
Language:English
Published: Department of Da'wah and Leadership Studies, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11206/1/255-1088-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11206/
http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/21
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengidentifikasi identiti biseksual dan hubungannya dengan aspek sokongan sosial dan kesihatan mental dalam kalangan individu biseksual di Melaka. Dewasa ini biseksual merupakan fenomena yang semakin membimbangkan dan menjadi isu kontroversi di Malaysia kerana statistik amalan orientasi seksual songsang ini semakin meningkat walaupun ia jelas menyimpang daripada ajaran Islam dan norma masyarakat. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan melihat sejauh mana hubungan antara sokongan sosial dan kesihatan mental dengan identiti biseksual yang diamalkan oleh individu biseksual. Untuk tujuan ini, satu tinjauan menggunakan soal selidik telah dijalankan ke atas 30 individu biseksual di Melaka. Kajian yang berbentuk deskriptif dan inferensi ini menggunakan borang soal selidik berkaitan demografi, Skala Identiti Lesbian, Gay dan Biseksual (Lesbian,Gay and Bisexual Identity Scale), Soal Selidik Sokongan Sosial (Social Support Questionnaire) dan Soal Selidik Simptom Psikotik Jangka Pendek (Brief Symptom Inventory). Data inferensi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 20 for Windows dengan kaedah Kolerasi dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan individu yang terlibat mempunyai pengecaman identiti biseksual yang tinggi. Ini bermakna mereka mengamalkan gaya hidup sebagai seorang biseksual dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, keseluruhan hipotesis yang dikemukakan oleh pengkaji menunjukkan tidak terdapat hubungan dan perbezaan faktor bangsa dengan kesemua pemboleh ubah yang dikaji.