Bahasa da`i dalam komunikasi dakwah kepada masyarakat Orang Asli
Dalam konteks dakwah, pendakwah berperanan sebagai komunikator risalah Islam. Aspek bahasa merupakan instrumen utama yang berperanan dalam kehidupan maklhuk sosial. Namun demikian, kekangan dari aspek persediaan pendakwah, kemahiran penyampaian dan penguasaan bahasa dakwah menyebabkan usaha dakwah s...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Department of Da'wah and Leadership Studies, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11193/1/234-1011-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/11193/ http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/20 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam konteks dakwah, pendakwah berperanan sebagai komunikator risalah Islam. Aspek bahasa merupakan instrumen utama yang berperanan dalam kehidupan maklhuk sosial. Namun demikian, kekangan dari aspek persediaan pendakwah, kemahiran penyampaian dan penguasaan bahasa dakwah menyebabkan usaha dakwah semakin mencabar. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji ciri-ciri bahasa dakwah dalam konteks dakwah Orang Asli. Kajian menggunakan reka bentuk kajian kes. Temubual separa struktur merupakan kaedah pengumpulan data ialah yang melibatkan seramai sembilan orang pendakwah. Pemilihan sampel dibuat melalui secara bertujuan. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahasa dakwah meliputi empat ciri-ciri iaitu bahasa baik dan benar, bahasa mudah difahami, bahasa sopan dan lemah lembut serta bahasa jelas dan teratur. Penggunaan bahasa baik dan benar adalah dengan menyebarkan maklumat yang benar, tidak berbohong dan jujur dengan tindakan. Bahasa mudah difahami seperti tidak menggunakan perkataan saintifik dan loghat bahasa negeri asal. Bahasa sopan dan lemah lembut pula tidak menggunakan perkataan yang negatif dan menyinggung perasaan. Kemudian, bahasa yang jelas dan teratur adalah menyebut perkataan teratur dan ringkas. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pendakwah tidak berhati-hati dengan penggunaan bahasanya dalam dakwah. Kajian ini membantu agensi yang terlibat seperti JAKIM dan NGO-NGO dakwah berkaitan dalam usaha penambahbaikan kualiti komunikasi pendakwah dalam konteks dakwah Orang Asli. |
---|