Kesan penyimpanan sampel air liur terhadap kualiti DNA genom

Air liur berpotensi menjadi punca DNA yang mudah diambil bagi kajian klinikal kerana tidak invasif berbanding sampel darah. Kajian ini dijalankan untuk memencilkan dan menulenkan DNA genom daripada sampel air liur manusia serta mengkaji kesan penyimpanan terhadap kualiti DNA genom. Sampel air liur (...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rohaya Megat Abdul Wahab,, Farah Amirah Mohd Nasri,, Intan Zarina Zainol Abidin,, Zaidah Zainal Ariffin,, Muhammad Dain Yazid,, Shahrul Hisham Zainal Ariffin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11105/1/10%20Rohaya%20Megat.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11105/
http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid46bil6_2017/KandunganJilid46Bil6_2017.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Air liur berpotensi menjadi punca DNA yang mudah diambil bagi kajian klinikal kerana tidak invasif berbanding sampel darah. Kajian ini dijalankan untuk memencilkan dan menulenkan DNA genom daripada sampel air liur manusia serta mengkaji kesan penyimpanan terhadap kualiti DNA genom. Sampel air liur (n=5) disimpan dalam penimbal Tris-NaCl EDTA (TNE) pada suhu bilik (25°C) mengikut tempoh masa yang ditetapkan iaitu, segar (tanpa penyimpanan), 1, 2, 3 dan 4 bulan. Pemencilan dan penulenan DNA dilakukan menggunakan kaedah fenol-kloroform. Seterusnya, PCR telah dijalankan untuk mengetahui ketulenan DNA yang diekstrak menggunakan amplifikasi pada kawasan jujukan beta-globin dan mengenal pasti kehadiran bakteria melalui jujukan yang mengekod 16S rDNA. Keputusan menunjukkan fragmen DNA gen beta-globin manusia hanya berjaya diamplifikasi daripada sampel segar. Sampel air liur yang disimpan dalam penimbal TNE pada suhu bilik tidak mampu menstabilkan DNA genom manusia untuk jangka masa lama dan hanya berkesan untuk tempoh yang singkat iaitu, kurang daripada 1 bulan. Kesimpulannya, hanya sampel air liur segar sahaja yang berupaya memencil DNA genom.