Keberkesanan perkhidmatan bas mini di Kota Kinabalu Sabah

Bas mini adalah satu mod daripada pengangkutan awam darat yang beroperasi di Sabah khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu. Perkhidmatan pengangkutan ini amat diperlukan bagi menghubungkan antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar di Sabah. Namun operasi perkhidmatan bas mini sering dikaitkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Harifah Mohd Noor,, Mazdi Marzuki,, Jabil Mapjabil,, Oliver Valentine Eboy,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11089/1/16210-45516-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11089/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/874
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bas mini adalah satu mod daripada pengangkutan awam darat yang beroperasi di Sabah khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu. Perkhidmatan pengangkutan ini amat diperlukan bagi menghubungkan antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar di Sabah. Namun operasi perkhidmatan bas mini sering dikaitkan dengan ketidak berkesanan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji komponen-komponen yang menimbulkan ketidak keberkesanan perkhidmatan bas mini di Sabah. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaji selidik terhadap 988 orang responden di Kota Kinabalu. Faktor analisis dan Confirmatory Factor Analysis (CFA) digunakan untuk menganalisis 24 parameter dalam mengkaji keberkesanan perkhidmatan bas mini. Hasil kajian menghasilkan tiga komponen keberkesanan perkhidmatan bas mini iaitu faktor keselesaan, kebolehsampaian dan keselamatan. Skor min bagi faktor kebolehsampaian bas mini lebih tinggi berbanding faktor keselamatan dan keselesaan. Penemuan ini membuktikan bas mini diperlukan penduduk di Sabah kerana kebolehsampaian yang tinggi. Namun faktor keselesaan dan keselamatan bas mini perlu diberi keutamaan oleh pihak berkuasa untuk penambahbaikan supaya menarik lebih ramai penduduk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ini.