Meneroka edupelancongan di Melaka Bandaraya Warisan Dunia berasaskan pengalaman pelancong domestik

Melaka merupakan sebuah destinasi pelancongan yang popular, kaya dengan warisan sejarah dan budaya. Tarikan-, tarikan- ini memberi peluang pembelajaran kepada para pelancong. Berasaskan kekuatan, Melaka sangat sesuai untuk meneroka edupelancongan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sri Winarni Samsir,, Habibah Ahmad,, Er Ah Choy,, Hamzah Jusoh,, Mohd Fuad Mat Jali,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11082/1/15655-43716-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11082/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/859
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Melaka merupakan sebuah destinasi pelancongan yang popular, kaya dengan warisan sejarah dan budaya. Tarikan-, tarikan- ini memberi peluang pembelajaran kepada para pelancong. Berasaskan kekuatan, Melaka sangat sesuai untuk meneroka edupelancongan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelancong domestik terhadap produk-produk pelancongan di Melaka yang memberikan nilai pendidikan kepada mereka. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan di Tapak Warisan Dunia Melaka. Sebanyak 176 borang soal selidik yang telah mendapat maklum balas daripada pelancong domestik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0. Skop soal selidik merangkumi bahagian A demografi, bahagian B corak perjalanan, bahagian C termasuk motivasi pelancongan, aktiviti pendidikan, pengalaman, produk pelancongan, dan bahagian D cadangan. Keputusan kajian mendapati pelancong mendapat faedah jangka masa pendek dan panjang semasa melancong. Para pelancong juga mendapat lebih pengalaman terhadap sejarah dan budaya berbanding dengan produk berasaskan alam semulajadi. Kesimpulannya, aktiviti dan produk pelancongan perlu dipelbagai, diperbaharui dan interaktif untuk menjamin pengalaman pembelajaran yang berharga.