Pembinaan ujian tahap saiz kosa kata Arab

Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar bahasa kedua ialah penguasaan tahap saiz kosa kata. Tujuan kajian rintis ini adalah untuk membina dan menentukan penguasaan tahap saiz kosa kata Arab. Ujian tersebut akan digunakan untuk mengenal pasti tahap saiz kosa kata Arab. Metodologi kajian melibatka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Harun Baharudin,, Zawawi Ismail,, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11047/1/19591-55772-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11047/
http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/981
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar bahasa kedua ialah penguasaan tahap saiz kosa kata. Tujuan kajian rintis ini adalah untuk membina dan menentukan penguasaan tahap saiz kosa kata Arab. Ujian tersebut akan digunakan untuk mengenal pasti tahap saiz kosa kata Arab. Metodologi kajian melibatkan proses pembinaan ujian, proses pemurnian item ujian serta proses penyiasatan kebolehpercayaan serta kesahan ujian. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar pra universiti di sebuah sekolah menengah agama di Temerloh, Pahang. Kajian ini memilih untuk melalui proses ujian ketekalan dalaman bagi melihat pekali kebolehpercayaannya iaitu nilai korelasi antara uji dan ulang uji (test retest), nilai alfa Cronbach dan nilai Cohen Kappa. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai korelasi adalah tinggi iaitu 0.84, pekali alfa Cronbach adalah tinggi iaitu 0.89 manakala pekali Cohen Kappa juga tinggi, iaitu 0.95. Bukti kesahan isi kandungan telah didapati daripada penyemakan oleh panel pakar. Implikasi hasil kajian ini adalah ujian tersebut boleh digunakan untuk mengenal pasti penguasaan saiz kosa kata Arab kerana ujian ini memenuhi kriteria ciri psikometri kebolehpercayaan dan kesahan.