Faktor ekstralinguistik: motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di 5 universiti di Malaysia

Penyelidikan mengenai hubungan tentang faktor ekstralinguistik bahasa kedua dengan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di universiti-universiti di Malaysia masih kurang. Menyedari hakikat ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian terhadap faktor ekstralinguistik yang dominan da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ayuni Mohamad Bakari,, Rohaidah Kamaruddin,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10915/1/IMAN-2016-0402-08.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10915/
http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-2/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan mengenai hubungan tentang faktor ekstralinguistik bahasa kedua dengan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di universiti-universiti di Malaysia masih kurang. Menyedari hakikat ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian terhadap faktor ekstralinguistik yang dominan dalam pembelajaran bahasa kedua. Penyelidik berminat untuk mengkaji motivasi sebagai salah satu faktor utama dalam ekstralinguistik. Sebagai kesinambungan daripada usahausaha ini, penyelidik cuba untuk menganalisis faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam pembelajaran bahasa kedua. Sampel kajian terdiri daripada sekumpulan pelajar asing dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Universiti Sains Malaysia (USM). Jumlah 150 sampel adalah daripada 27 buah negara. Hasil daripada pemerhatian dan kajian lapangan menunjukkan bahawa pelajar asing memilih Soalan 5 sebagai pemboleh ubah motivasi intrinsik yang dominan. Apabila pelajar asing mempunyai masalah untuk memahami sesuatu di dalam kelas bahasa Melayu, mereka selalu bertanya kepada guru untuk meminta pertolongan. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pergantungan mereka terhadap guru adalah tinggi. Manakala, bagi motivasi ekstrinsik pula, pelajar memilih Soalan 11 sebagai pemboleh ubah yang dominan dalam motivasi. Bagi pelajar asing, belajar bahasa Melayu adalah penting kerana mereka berupaya untuk berinteraksi dengan lebih mudah dengan penutur jati bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, motivasi intrinsik dalam kalangan pelajar asing berada di tahap paling tinggi berbanding motivasi ekstrinsik.