Implementasi ibadah Islam sebagai terapi salah seksual remaja: kajian terhadap pusat perlindungan wanita terpilih di Selangor

Ibadah di dalam Islam merupakan salah satu mekanisme yang diakui berpengaruh dalam membentuk perilaku manusia. Sehubungan itu, terdapat banyak kajian menunjukkan masalah salah laku seksual remaja mutakhir ini dikenal pasti berpunca daripada pengabaian aspek ibadah. Bagi tujuan pemulihan dan perlin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Husna Mansor,, Khairul Hamimah Mohammad Jodi,, Fakhrul Adabi Abdul Kadir,, Raihanah Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10902/1/IMAN-2016-0401-07.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10902/
http://www.ukm.my/iman/jilid-4-bil-1/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ibadah di dalam Islam merupakan salah satu mekanisme yang diakui berpengaruh dalam membentuk perilaku manusia. Sehubungan itu, terdapat banyak kajian menunjukkan masalah salah laku seksual remaja mutakhir ini dikenal pasti berpunca daripada pengabaian aspek ibadah. Bagi tujuan pemulihan dan perlindungan, Taman Seri Puteri Cheras (TSPC) dan Baitul Ehsan (BES) merupakan antara institusi yang diwujudkan secara khusus dalam mengendalikan isu-isu salah laku termasuk salah laku seksual membabitkan remaja. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menganalisis sejauh manakah aspek ibadah diberikan tumpuan dalam proses pemulihan remaja bermasalah salah laku khususnya salah laku seksual di TSPC dan BES. Berdasarkan penelitian ke atas dokumen, temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, implementasi aspek ibadah Islam di TSPC dan BES terkandung dalam modul khusus yang dirangka bagi tujuan pemulihan salah laku seksual remaja. Kedua-dua modul yang digunakan oleh pusat perlindungan tersebut menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara teori serta amali merangkumi ibadah khusus dan umum dengan menggunakan kaedah tertentu yang akan dibincangkan di dalam artikel ini.