Pengasingan pekerjaan dan perbezaan upah jantina di Malaysia
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis perbezaan upah jantina di Malaysia berdasarkan data yang dikutip melalui kerja lapangan pada tahun 2012 di lima buah negeri, iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Terengganu. Sejumlah 1,274 ketua isi rumah telah dipilih bagi ana...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10769/1/jeko_50%281%29-5.pdf http://journalarticle.ukm.my/10769/ http://www.ukm.my/fep/jem/content/2016.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel ini bertujuan untuk menganalisis perbezaan upah jantina di Malaysia berdasarkan data yang dikutip melalui
kerja lapangan pada tahun 2012 di lima buah negeri, iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Kedah
dan Terengganu. Sejumlah 1,274 ketua isi rumah telah dipilih bagi analisis artikel ini. Secara lebih spesifik, kajian
ini memfokus kepada perbezaan upah jantina mengikut kategori pekerjaan, iaitu pekerja mahir, pekerja separa mahir
dan pekerja tidak mahir. Kajian ini melibatkan dua model utama, iaitu model multinomial logit dan model upah. Di
samping itu, persamaan pengasingan upah digunakan bagi menentukan peratusan sumbangan pemboleh ubah terhadap
perbezaan upah jantina. Dapatan kajian menunjukkan peratus sumbangan pemboleh ubah yang terdapat dalam model
upah atau dirujuk sebagai sumbangan faktor yang dapat dijelaskan adalah lebih rendah daripada sumbangan faktor
yang tidak dapat dijelaskan yang dirujuk sebagai diskriminasi majikan. Di samping itu, sumbangan bias sampel
yang dikaitkan dengan diskriminasi majikan dalam pengambilan pekerja yang bias terhadap wanita juga didapati
penting dalam menentukan perbezaan upah jantina. Berdasarkan dapatan kajian ini, kerajaan perlu lebih tegas dalam
melaksanakan undang-undang kesamaan upah yang terkandung dalam Akta Buruh negara. Bagi pihak majikan pula,
mereka perlu lebih telus dalam mengambil pekerja berdasarkan merit dan bukan berdasarkan jantina. |
---|