Penentu aliran pelaburan portfolio asing di Malaysia: suatu kajian panel ARDL

Pelaburan portfolio asing memainkan peranan penting sebagai pembekal dana kepada pembangunan ekonomi di sesebuah negara. Walau bagaimanapun, pergerakan modal tersebut dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang boleh dikategorikan sebagai faktor penarik dan faktor penolak. Justeru, kajian ini bertujuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zulkefly Abdul Karim,, Nur Hidayah Ramli,, Norlin Khalid,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10765/1/jeko_50%281%29-1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10765/
http://www.ukm.my/fep/jem/content/2016.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaburan portfolio asing memainkan peranan penting sebagai pembekal dana kepada pembangunan ekonomi di sesebuah negara. Walau bagaimanapun, pergerakan modal tersebut dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang boleh dikategorikan sebagai faktor penarik dan faktor penolak. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara empirikal faktor penentu pelaburan portfolio asing (FPI) di Malaysia. Model penentu pelaburan portfolio adalah berdasarkan kepada pendekatan imbangan portfolio and teori pariti kadar bunga yang dilindungi (covered interest rates parity - CIRP). Antara faktor-faktor yang telah dianggar dalam model penentu pelaburan portfolio adalah kadar bunga asing dan domestik, kadar tukaran asing benar, pendapatan negara asing, pendapatan domestik, dan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI). Jangkamasa kajian bermula dari suku pertama tahun 1991 sehingga suku keempat tahun 2012, yang merangkumi pergerakan modal antarabangsa daripada sembilan buah negara pelabur utama. Model penentu pelaburan portfolio asing telah dianggar dengan menggunakan kaedah data panel Pooled Mean Group (PMG) dan Mean Group (MG) yang dicadangkan oleh Pesaran et al. (1999). Hasil kajian mendapati kadar tukaran asing benar, kadar bunga asing dan KLCI sangat mempengaruhi aliran pelaburan portfolio bersih di Malaysia. Oleh itu, dalam usaha untuk menarik FPI di Malaysia, kestabilan dalam kadar bunga domestik, kadar pertukaran asing dan pasaran saham perlulah diberikan perhatian oleh pihak berkuasa untuk meningkatkan daya saing negara dalam menarik pelaburan portfolio antarabangsa.