Analisis kajian Sastera: semiotik dalam novel Anwar Ridhwan

Perbincangan ini meninjau kualiti sebuah buku ilmiah bahasa Melayu yang diterbitkan pada 2014. Kerangka ilmiah yang digunakan membahagikan penilaiannya ke dalam dua kategori, iaitu penampilan luaran dan struktur dalaman. Kategori pertama memeriksa kualiti suntingan dan ketelitian rujukan manakala ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sew, Jyh Wee
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10740/1/11676-43186-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10740/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/850
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perbincangan ini meninjau kualiti sebuah buku ilmiah bahasa Melayu yang diterbitkan pada 2014. Kerangka ilmiah yang digunakan membahagikan penilaiannya ke dalam dua kategori, iaitu penampilan luaran dan struktur dalaman. Kategori pertama memeriksa kualiti suntingan dan ketelitian rujukan manakala kategori kedua meninjau kualiti kajian serta kepersisan aspek teori yang digunakan sebagai wadah perbincangan. Kualiti suntingan bermaksud ketepatan dalam ejaan sesuatu bahasa. Ketelitian rujukan ilmiah bererti penampilan kesemua rujukan yang digunakan ke dalam senarai bibliografi. Kualiti kajian dalam perbincangan ini merujuk pada sebarang lanjutan pengetahuan daripada analisis buku yang berkesinambungan dengan hasil kajian yang tersedia ada, atau memperbetul hasil kajian yang terkandung dalam sorotan kajian. Kepersisan aspek teori dalam konteks ini merupakan kejelasan penulis mengaitkan pandangannya dengan ufuk pemikiran baharu berdasarkan pemilihan pecahan tertentu daripada mazhab pemikiran yang diperguna sebagai kerangka kajian. Keempat-empat sudut pandangan ini beroperasi sebagai kayu pengukur bagi sebuah tulisan yang berpegang pada kerangka semiotik. Kandungan buku ini mengandungi kekurangan dari segi kesalahan ejaan hingga ke tatacara rujukan ilmiah yang kurang teliti diperhatikan dalam bibliografi. Perbincangan semiotik yang dipaparkan agak terbatas pada hubungan penanda dan rujukan. Konsep mitologi, iaitu analisis semiotik pada tahap tinggi yang dipelopori oleh Roland Barthes, di luar skop analitik buku ini. Perhitungan ikon, indeks dan simbol dalam analisis novel-novel menunjukkan bahawa kajian semiotik dalam buku ini hanya setakat mengemukakan istilah semiotik sebagai satu katalog penganalisian novel Melayu.