Akhlak guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

Artikel ini berdasarkan kajian kes kualitatif yang bertujuan untuk meneroka dan memerihalkan cara guru Pendidikan Islam melaksanakan akhlak mulia berdasarkan teori al-Ghazali dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Data dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, dan analisis dok...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sofiah Mohamed,, Kamarul Azmi Jasmi,, Muhammad Azhar Zailaini,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10738/1/8248-43184-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10738/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/850
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini berdasarkan kajian kes kualitatif yang bertujuan untuk meneroka dan memerihalkan cara guru Pendidikan Islam melaksanakan akhlak mulia berdasarkan teori al-Ghazali dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Data dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen dengan tiga orang peserta kajian terdiri dari guru Pendidikan Islam tingkatan empat daripada tiga buah sekolah dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Antara kriteria pemilihan yang digunakan ialah mempunyai ijazah sarjana muda serta diploma perguruan dari universiti tempatan atau institut pendidikan yang setaraf. Dapatan kajian mendapati bahawa guru Pendidikan Islam sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti kasih sayang, ikhlas, nasihat, berhikmah dalam usaha menegur kesilapan, pengajaran bertahap dan beramal dengan ilmu. Namun begitu cara penyampaian dan tingkah laku guru mengikut kaedah mereka yang tersendiri. Hasil kajian telah menghasilkan ‘Qudwah Hasanah Akhlak guru’ yang diharapkan menjadi panduan kepada semua guru di Malaysia khususnya dan di dunia Islam umumnya.