‘Kata ciptaan’ remaja personaliti ‘neurotisme’ di blog
Kajian ini bertujuan melihat penggunaan ‘kata ciptaan’ oleh remaja yang berkomunikasi menggunakan penulisan teks di internet dalam kecenderungan personaliti neurotisme. Kajian ini menganalisis kiriman dua blog remaja yang aktif menulis kiriman blog sepanjang tahun 2012 sahaja. Kedua-dua remaja in...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10668/1/12084-47859-2-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/10668/ http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/897 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan melihat penggunaan ‘kata ciptaan’ oleh remaja yang berkomunikasi
menggunakan penulisan teks di internet dalam kecenderungan personaliti neurotisme. Kajian
ini menganalisis kiriman dua blog remaja yang aktif menulis kiriman blog sepanjang tahun
2012 sahaja. Kedua-dua remaja ini disaring daripada 20 remaja lain yang dipilih secara rawak
oleh penyelidik. Analisis kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan mengaplikasikan Teori
Big Five Personality oleh McCrae dan Costa (1997). Dalam teori ini, selain Neuroticisme,
terdapat empat lagi kecenderungan personaliti, iaitu extraversion, aggreeableness, openess,
dan conscientiousness. Hasil kajian ini mendapati wujudnya kata-kata ciptaan yang
digunakan dalam teks kiriman blog oleh kedua-dua remaja ini. Penggunaan kata ciptaan
dalam kiriman teks dalam blog ini berlaku disebabkan oleh pengaruh emosi terhadap remaja
ketika berkomunikasi dalam blog. Kepelbagaian emosi ini menyebabkan remaja
berkomunikasi tanpa kekangan dengan komuniti remaja kelompok yang sama sahaja. Teks
yang terhasil itu difahami oleh golongan remaja sahaja dan pemilihan perkataan juga
berlainan daripada makna yang sebenarnya. Penggunaan perkataan yang terhasil itu
menyebabkan personaliti remaja turut terpengaruh sama ada daripada sifat positif dan sifat
negatif. Kata-kata ciptaan yang terhasil lazimnya berlaku dalam komunikasi di rangkaian
sosial terutamanya blog. Kata-kata ciptaan ini berkembang dan digunakan oleh remaja
lainnya yang berkomunikasi bersama atau membaca kiriman blog yang dihantar. Akibatnya,
kata ciptaan yang digunakan secara meluas dan menyebabkan perkataan berkenaan berlainan
daripada makna asalnya. Hasil kajian ini menunjukkan implikasi dalam mengenal personaliti
melalui kewujudan kata ciptaan dalam penulisan teks di rangkaian sosial internet sahaja yang
berlainan makna dari kata asalnya. Kajian ini juga dapat memberikan gambaran personaliti
remaja di internet berbanding antara muka. |
---|