Pakatan politik berasaskan kaum: kerelevanan dan kelangsungan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak (1963-2016)

Penyertaan sesuatu kaum atau parti politik dalam konsep berkongsi kuasa boleh dilihat dalam keanggotaan kabinet sesebuah negara tersebut. Hal ini diamalkan oleh Sarawak kerana ketiadaan kaum majoriti yang dapat menguasai politik Sarawak. Manakala jawatan Timbalan Ketua Menteri adalah unik dalam poli...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suffian Mansor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10642/1/15849-44348-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10642/
http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/873
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyertaan sesuatu kaum atau parti politik dalam konsep berkongsi kuasa boleh dilihat dalam keanggotaan kabinet sesebuah negara tersebut. Hal ini diamalkan oleh Sarawak kerana ketiadaan kaum majoriti yang dapat menguasai politik Sarawak. Manakala jawatan Timbalan Ketua Menteri adalah unik dalam politik Sarawak. Ini kerana jawatan itu dipandang sebagai orang kedua penting dalam kerajaan. Dengan kata lain ia melambangkan pengiktirafan kepada sesuatu parti atau kaum berdasarkan kekuatan mereka dalam pilihan raya. Oleh itu untuk melihat rakan dalam kompenan itu penting atau tidak maka jawapannya pada jawatan timbalan ketua menteri. Oleh kerana itu perlantikan pada jawatan ini penting bagi ahli politik Sarawak. Mereka akan cuba mensasarkan jawatan itu untuk mendapat kedudukan kedua terpenting. Hal ini yang akan diteliti dalam politik Sarawak sepanjang tahun 1963 hingga 2016. Artikel ini cuba untuk mengkaji sama ada faktor kaum atau parti itu sendiri yang penting dalam percaturan mencari orang kanan Ketua Menteri. Di Sarawak banyak parti ditubuhkan berdasarkan kepentingan kaum. Namun demikian sesetengah kaum mempunyai banyak parti. Oleh itu pilihan raya akan menentukan kekuatan parti-parti ini. Analisis terhadap persoalan ini akan menggunakan kaedah kajian sejarah dengan meneliti bahan-bahan yang terdiri daripada pelbagai bahan bercetak seperti fail-fail rasmi, surat khabar dan buku-buku serta artikel.