Ancaman hakisan pantai dan adaptasi komuniti pesisir pantai di Malaysia: kajian kes Kampung Kemeruk, Kota Bharu, Kelantan

Kawasan pesisir pantai merupakan kawasan yang sensitif dan cenderung terdedah kepada pelbagai ancaman seperti hakisan yang boleh mendatangkan kesan kepada kesejahteraan hidup manusia, persekitaran dan ekosistem. Kajian ini mengenalpasti bentuk adaptasi komuniti pesisir pantai di Kampung Kemeruk ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nuramirah Jaafar,, Mariney Mohd Yusoff,, Fauza Abdul Ghaffar,
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10634/1/14.geografia-ogos16-Mirah-edam1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10634/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=10&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kawasan pesisir pantai merupakan kawasan yang sensitif dan cenderung terdedah kepada pelbagai ancaman seperti hakisan yang boleh mendatangkan kesan kepada kesejahteraan hidup manusia, persekitaran dan ekosistem. Kajian ini mengenalpasti bentuk adaptasi komuniti pesisir pantai di Kampung Kemeruk bagi mengatasi ancaman hakisan pantai untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti sedia kala. Data primer diperolehi melalui kaedah borang soal selidik dan temubual serta pemerhatian lapangan yang melibatkan 83 orang ketua isi rumah yang telah disampel secara berstrata memfokuskan kepada semua mangsa hakisan. Hasil kajian mendapati tiga peringkat adaptasi yang telah dilakukan oleh penduduk Kampung Kemeruk . Adaptasi jangka masa pendek ialah membina benteng guni pasir untuk mengukuhkan tebing sungai daripada impak deras dentuman ombak dan sekaligus dapat mengurangkan hakisan tebing terjadi. Adaptasi jangkamasa sederhana ialah seperti menanam pokok-pokok di persekitaran kediaman seperti menanam pokok kelapa dan juga membuat ubah suai terhadap rumah yang mereka diami. Langkah ini dirasakan mampu untuk masyarakat menanganinya dalam tempoh setahun ke lima tahun. Adaptasi jangkamasa panjang dikenalpasti ialah dengan cara memindahkan tapak rumah ke kawasan baharu yang agak jauh daripada pesisir pantai.