Modal insan, daya saing dan prestasi usahawan wanita di Malaysia: analisis kualitatif usahawan wanita bumiputera di Melaka

Artikel ini membincangkan hasil dapatan kualitatif yang diperoleh daripada lima orang informan utama terhadap faktor yang mempengaruhi prestasi usahawan wanita Bumiputera yang yang berdaftar dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di negeri Melaka. Institusi memainkan peranan penting dalam pembangunan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Azira Ayob,, Sity Daud,, Muhamad Takiyuddin Ismail,
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10627/1/7.geografia-ogos16-azira-edam%20%281%29.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10627/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=10&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan hasil dapatan kualitatif yang diperoleh daripada lima orang informan utama terhadap faktor yang mempengaruhi prestasi usahawan wanita Bumiputera yang yang berdaftar dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di negeri Melaka. Institusi memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat, pembangunan sumber manusia dari sudut kemahiran, kebolehan, kreativiti, memberi bantuan kewangan dan bukan kewangan terutamanya dalam pembangunan prestasi dan kejayaan pengusaha. Justeru, penekanan terhadap pembangunan modal insan dan daya saing dilihat sebagai faktor penting dalam memastikan pengusaha mampu bersaing dalam pasaran masa kini. Dalam konteks pembangunan sosioekonomi negara, golongan wanita dilihat mampu untuk menyumbang ke arah peningkatan ekonomi dalam negara melalui perusahaan yang diceburi mereka. Lantaran, penekanan terhadap faktor modal insan dan daya saing dalam kalangan golongan wanita dilihat penting. Hal ini kerana, membolehkan usaha kerajaan dilakukan selaras dengan faktor yang paling mempengaruhi prestasi pengusaha. Bagi tujuan ini, temubual secara berstruktur telah dilakukan ke atas lima orang informan. Hasil temubual mendapati pengusaha wanita lebih memerlukan bantuan prasarana dan infrastruktur di samping aspek pendidikan dan latihan, pengalaman perniagaan, bantuan kewangan dan kreativiti.