Persepsi masyarakat terhadap bencana banjir monsun di Malaysia: kajian kes Kota Bharu, Kelantan

Banjir monsun merupakan bencana alam semulajadi yang tidak dapat dielak daripada menimpa masyarakat Kota Bharu Kelantan. Pelbagai kaedah penggunaan teknologi moden masih tidak dapat menghalang bencana banjir untuk terus menghantui masyarakt setempat. Kajian penyelidikan dijalankan untuk memahami m...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Ang, Kean Hua
フォーマット: 論文
言語:English
出版事項: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
オンライン・アクセス:http://journalarticle.ukm.my/10573/1/3x.geografia-jul16-angkeanhua-edam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10573/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=9&ver=loc
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Banjir monsun merupakan bencana alam semulajadi yang tidak dapat dielak daripada menimpa masyarakat Kota Bharu Kelantan. Pelbagai kaedah penggunaan teknologi moden masih tidak dapat menghalang bencana banjir untuk terus menghantui masyarakt setempat. Kajian penyelidikan dijalankan untuk memahami masyarakat Kota Bharu menyesuaikan diri dan mengurangkan kesan bencana banjir. Kajian ini melibatkan kaedah soal selidik yang menumpukan kepada kawasan bandar Kota Bharu sahaja, dengan melibatkan seramai 400 responden yang tinggal berdekatan dengan Sungai Kelantan. Hasil analisis menunjukkan kebanyakan responden adalah terdiri daripada etnik Melayu dengan kategori umur dalam 30 hingga 45 yang menetap lebih daripada 10 tahun di kawasan bencana banjir, amat bersetuju bahawa kebanyakan rumah dibina bertiang dan tinggi daripada permukaan bentuk muka bumi (45%), tetapi amat tegas dalam melihat peranan jarak rumah yang jauh daripada sungai dapat mengurangkan kesan bencana banjir. Ketersediaan menghadapi bencana banjir melalui penyediaan sumber makanan seperti sardine, telur, dan beras sangat diperlukan bagi mengelak daripada mengalami ‘darurat’. Selain itu, perahu digunakan sebagai pengangkutan (45.75%), manakala pelampung (49.25%) digunakan sebagai ‘jaket keselamatan’ atau bermain air banjir oleh kanak-kanak. Oleh itu, penyediaan pelampung membuktikan bencana banjir juga mendatangkan suasana keriangan atau pesta kepada penduduk setempat, walaupun kejadian ini tidak disokong oleh segelintir responden.