Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban

Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bukan merupakan proses yang mudah tambahan lagi bagi murid-murid yang jarang bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seharian mereka. Persekitaran yang kurang memberangsangkan mengakibatkan kesukaran kepada murid-murid tersebut mengu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dayang Sufilkawany Ujai,, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10415/1/135-260-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10415/
http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/43
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bukan merupakan proses yang mudah tambahan lagi bagi murid-murid yang jarang bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seharian mereka. Persekitaran yang kurang memberangsangkan mengakibatkan kesukaran kepada murid-murid tersebut menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan seterusnya memberi kesan kepada prestasi pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Sehubungan itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat pengaruh faktor sosial yang mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua muridmurid Iban. Kajian tinjauan dijalankan secara kuantitatif yang melibatkan seramai 225 orang murid Iban tahap 2 di sekolah-sekolah rendah pedalaman 3 di daerah Kapit. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mempunyai 42 item secara keseluruhannya yang merangkumi lima aspek sosial, iaitu rakan-rakan, keluarga, persekitaran, motivasi dan sikap. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor sosial dominan yang mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ialah faktor motivasi, sikap dan persekitaran. Justeru, guru Bahasa Melayu perlu mengambil kira aspek sosial motivasi, sikap dan persekitaran dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, selain faktor sosial rakan sebaya dan keluarga, terutamanya yang mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kepada murid-murid bukan bahasa Melayu.