Persepsi guru bahasa Melayu sekolah menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru bahasa Melayu di sekolah menengah harian di daerah Kuala Terengganu terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu dari segi aspek pemahaman, pengetahuan dan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu. Seramai 226 orang guru ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Hasmaliza Hasan,, Zamri Mahamod,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10198/1/120-236-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10198/
http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/33
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru bahasa Melayu di sekolah menengah harian di daerah Kuala Terengganu terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu dari segi aspek pemahaman, pengetahuan dan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu. Seramai 226 orang guru bahasa Melayu yang mengajar di 15 buah sekolah menengah harian daerah Kuala Terengganu telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang kaji selidik sebagai alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS) versi 19.0 untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Statistik inferensi melibatkan ujian Mean-Whitney U, Ujian-t dan ujian ANOVA bagi menjawab kesemua hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min bagi tahap pemahaman (min = 3.35) guru bahasa Melayu tentang KBAT berada pada tahap yang sederhana. Sementara empat lagi aspek yang dikaji iaitu tahap pengetahuan (min = 3.58), tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran (min = 3.58) terhadap KBAT menunjukkan nilai purata min berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) bagi dua aspek iaitu pengetahuan guru bahasa Melayu tentang KBAT dan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran guru bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh faktor tingkatan yang diajar. Hasil dapatan kajian mendapati guru-guru bahasa Melayu memberikan respons yang positif terhadap pelaksanaan KBAT