Pemerolehan klausa relatif dalam kalangan kanak-kanak Melayu: satu kajian awal
Kajian awal ini mengkaji perkembangan pemerolehan struktur sintaksis iaitu struktur klausa relatif dalam kalangan kanak-kanak Melayu di Lembah Klang. Objektif kajian adalah untuk menentukan kebolehan penggunaan struktur klausa relatif dalam kalangan kanak-kanak Melayu merentasi dua kelompok umur...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10167/1/10680-43164-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/10167/ http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/863 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian awal ini mengkaji perkembangan pemerolehan struktur sintaksis iaitu struktur klausa
relatif dalam kalangan kanak-kanak Melayu di Lembah Klang. Objektif kajian adalah untuk
menentukan kebolehan penggunaan struktur klausa relatif dalam kalangan kanak-kanak
Melayu merentasi dua kelompok umur yang berbeza. Objektif kedua, adalah untuk
menentukan sama ada pemerolehan struktur klausa relatif bersifat developmental/
perkembangan berdasarkan peningkatan umur. Di samping itu, kajian ini juga akan
menganalisis kesalahan yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut berdasarkan kategori
tertentu untuk menunjukkan aspek perkembangan dalam pemerolehan struktur klausa relatif.
Enam kanak-kanak dipilih sebagai subjek kajian dan dibahagikan kepada dua kumpulan:
kumpulan tadika dan kumpulan sekolah rendah tahap satu. Data dikutip melalui dua cara
utama – (i) aktiviti padanan ayat-gambar untuk menguji kebolehan pemahaman struktur
klausa relatif (ii) aktiviti Pilihan Gambar dan Huraian Gambar untuk menguji kebolehan
penghasilan klausa relatif. Kedua-dua jenis ujian ini merangkumi dua struktur klausa relatif
iaitu struktur klausa relatif subjek (KRS) dan klausa relatif objek (KRO). Dapatan kajian
memperlihatkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan subjek tadika dan
kumpulan subjek sekolah rendah bagi kebolehan kefahaman klausa relatif tetapi wujud
perbezaan yang signifikan antara kumpulan bagi kebolehan penghasilan klausa relatif.
Kebolehan kumpulan subjek tadika dalam menghasilkan struktur KRO adalah agak terhad.
Sementelah, struktur KRO juga belum sepenuhnya dikuasai oleh kumpulan subjek sekolah
rendah. Ini bermaksud bahawa struktur KRO didapati agak lewat diperoleh dan
perkembangannya masih berterusan sehingga kanak-kanak berusia melampaui umur 9 tahun.
Walau bagaimanapun, skor min subjek didapati meningkat sejajar dengan peningkatan umur.
Dapatan analisis kualititatif menunjukkan subjek menggunakan strategi pemudahan ayat dan
strategi penggantian. Didapati kumpulan subjek menggunakan dua variasi bahasa Melayu:
subjek tadika cenderung menggunakan variasi bahasa Melayu kolokial berbanding kumpulan
subjek sekolah rendah yang cenderung menggunakan variasi bahasa Melayu standard dan
dikotomi ini dengan ketara mempengaruhi prestasi mereka di dalam aktiviti yang dijalankan. |
---|