Variasi kata ganti nama dialek di pesisir Sungai Perak: analisis Geographical Information System (GIS)

Kajian ini meneliti variasi leksikal kata ganti nama (KGN) diri pertama ‘saya’, kedua ‘kamu’ dan ketiga ‘mereka’ dalam dialek Melayu di pesisir Sungai Perak. Kajian geo-dialek ini telah menggabungkan penelitian kebahasaan iaitu dialek dengan maklumat bukan bahasa iaitu bentuk muka bumi, persempadana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Hashimah Jalaluddin,, Norlisafina Sanit,, Zaharani Ahmad,, Harishon Mohd. Radzi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10139/1/8623-33383-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10139/
http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/750
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meneliti variasi leksikal kata ganti nama (KGN) diri pertama ‘saya’, kedua ‘kamu’ dan ketiga ‘mereka’ dalam dialek Melayu di pesisir Sungai Perak. Kajian geo-dialek ini telah menggabungkan penelitian kebahasaan iaitu dialek dengan maklumat bukan bahasa iaitu bentuk muka bumi, persempadanan, migrasi dan sejarah. Sejumlah 200 orang responden daripada 20 buah kampung telah dipilih. Mereka adalah 100 warga tua dan 100 dewasa. Mereka ditemubual dan seterusnya diminta mengisi soal selidik yang berkaitan. Penganalisisan data dilakukan dengan berbantukan teknologi daripada bidang kajian geografi iaitu Geographic Information System (GIS). Kajian ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu mengenal pasti penggunaan variasi leksikal bagi ketiga-tiga KGN dialek yang dituturkan di pesisir Sungai Perak. Selain itu, perbandingan dan pemetaan bagi setiap varian leksikal KGN di pesisir Sungai Perak tersebut telah berjaya dikemukakan dengan bantuan teknologi GIS. Seterusnya, penerapan aplikasi GIS ini telah berjaya menghuraikan faktor geografi yang mempengaruhi pembentukan dan penyebaran variasi leksikal bagi ketiga-tiga KGN dialek di pesisir Sungai Perak tersebut. Ternyata, perisian GIS ini telah berjaya membantu pengkaji dalam mengemukakan paparan peta setiap variasi dan varian tertinggi leksikal KGN dialek di pesisir Sungai Perak. Dapatan kajian telah dapat membuktikan bahawa Perak Tengah adalah kawasan asli dialek Perak dengan memberikan sempadan geografi yang tepat berbanding kajian terdahulu. Buktinya, beberapa kampung di Perak Tengah menggunakan varian Kuala Kangsar kerana faktor topografi dan migrasi. Pada masa yang sama, wujudnya tiga varian untuk mereka, iaitu /dem/ untuk Kuala Kangsar, /dem/ untuk Perak Tengah dan /depa/ untuk dialek Kedah. Diandaikan sukukata /de/ menjadi asas sukukata bagi tiga varian ganti nama yang tersebut. Sesungguhnya GIS mampu memberikan huraian penyebaran dialek Melayu pesisir Sungai Perak dengan lebih sistematik dan meyakinkan. Faktor muka bumi berserta faktor persempadanan, migrasi dan sejarah sememangnya memainkan peranan penting dalam penyebaran sesuatu dialek itu.