Hubungan perfeksionisme, keperluan psikologi asas dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar universiti di Sabah, Malaysia

Menurut Ryff, Keyes dan Shmotkin (2002), kesejahteraan psikologi merangkumi resolusi berjaya bagi cabaran utama dalam setiap tahap perkembangan hidup seseorang (Erikson, 1963). Kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar mula mendapat perhatian dan dilihat sebagai aspek penting dalam kehidupan s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Allya Cassandra Alim,, Balan Rathakrishnan,, Alice Alim,, Peter Voo,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10092/1/223-881-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10092/
http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/26
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Menurut Ryff, Keyes dan Shmotkin (2002), kesejahteraan psikologi merangkumi resolusi berjaya bagi cabaran utama dalam setiap tahap perkembangan hidup seseorang (Erikson, 1963). Kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar mula mendapat perhatian dan dilihat sebagai aspek penting dalam kehidupan seseorang individu yang bergelar pelajar sama ada pada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun peringkat institusi tinggi. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengkaji hubungan tiga sub-faktor perfeksionisme, tiga sub-faktor keperluan psikologi asas dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar universiti. Metodologi kajian adalah berbentuk survei dalam kalangan 468 orang pelajar unversiti dengan menggunakan soal selidik iaitu Scales of Psychological Well-Being (SPWB), Almost Perfect Scale Revised (APS-R) dan Basic Psychological Needs Scale (BPNS). Subjek kajian terdiri daripada 468 orang pelajar peringkat sarjana muda di Universiti Malaysia Sabah. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 21. Hasil kajian menunjukkan terhadap hubungan yang signifikan antara perfeksionisme, keperluan psikologi asas dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar universiti. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.