Komunikasi bahasa Melayu-Jawa dalam media sosial
Di Malaysia, masih terdapat masyarakat Jawa yang menggunakan bahasa Jawa dalam pertuturan seharian. Ragam bahasa yang lazim digunakan ialah ragam Jawa ngoko (bahasa kasar). Walaupun bahasa Jawa masih dituturkan, namun penggunaannya semakin berkurangan. Salah satu faktor penggunaan bahasa Jawa yang s...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10036/1/V31_2_36.pdf http://journalarticle.ukm.my/10036/ http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-2-2015.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Di Malaysia, masih terdapat masyarakat Jawa yang menggunakan bahasa Jawa dalam pertuturan seharian. Ragam bahasa yang lazim digunakan ialah ragam Jawa ngoko (bahasa kasar). Walaupun bahasa Jawa masih dituturkan, namun penggunaannya semakin berkurangan. Salah satu faktor penggunaan bahasa Jawa yang semakin berkurang ini adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi telah mempengaruhi masyarakat Jawa untuk beralih menggunakan bahasa Melayu. Kebanyakan orang Jawa daripada generasi ketiga sudah tidak menggunakan bahasa Jawa dalam interaksi lisan mereka tetapi memilih menggunakan bahasa Melayu. Kemunculan media sosial telah mewujudkan wadah baru dalam berkomunikasi dalam kalangan masyarakat Jawa daripada generasi ketiga. Dengan wujudnya media baru ini, maka proses komunikasi mereka juga turut berubah. Penggunaan aplikasi sosial seperti WhatsApp telah mengubah lanskap komunikasi dengan memberi ruang yang luas kepada bahasa ibunda mereka (bahasa Jawa) untuk berkembang. Kajian ini mendapati penggunaan bahasa Jawa ini digunakan sepenuhnya dalam sesuatu perbualan dan kadang kala diselangselikan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial. Penguasaan kedua-dua bahasa yang baik dalam penutur bahasa Jawa menjadikannya lebih mudah untuk kedua-dua bahasa ditukar kod, iaitu daripada bahasa Jawa kepada bahasa Melayu dan bahasa Melayu kepada bahasa Jawa. Di samping itu, terdapat juga penukaran kod daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dan juga Arab. Justeru dengan adanya penggunaan media social dan aplikasi sebagai medium berkomunikasi seperti whatsApp, maka penggunaan bahasa Jawa telah meningkat dan
seterusnya akan membantu melestarikan bahasa Jawa. |
---|