Persepsi keluarga penagih terhadap institusi pemulihan dadah

Kejadian rusuhan dan melarikan diri dari pusat serenti kian menjadi-jadi setiap tahun. Manakala menurut sistem Maklumat Dadah Kebangsaan, kadar penagihan semula pelatih yang telah menjalani rawatan pemulihan adalah sekitar 70%. Fenomena-fenomena tersebut secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Mustaffa, Jamaludin, Zaheruddin, Othman, Ahmad, Mohd Khairie
フォーマット: Conference or Workshop Item
言語:English
出版事項: 2000
主題:
オンライン・アクセス:http://repo.uum.edu.my/5180/1/Jam.pdf
http://repo.uum.edu.my/5180/
http://lintas.uum.edu.my:8080/elmu/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000190640
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kejadian rusuhan dan melarikan diri dari pusat serenti kian menjadi-jadi setiap tahun. Manakala menurut sistem Maklumat Dadah Kebangsaan, kadar penagihan semula pelatih yang telah menjalani rawatan pemulihan adalah sekitar 70%. Fenomena-fenomena tersebut secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya tentang imej dan reputasi pusat-pusat pemulihan sedia ada bagi menangani masalah sosial ini. Jesteru itu tinjauan terhadap persepsi masyarakat ke atas pusat-pusat pemulihan dianggap perlu.Bagi tujuan tersebut seramai 119 ahli keluarga penagih yang sedang dan telah melalui rawatan di pusat serenti sekitarKedah dijadikan sebagai sampel.Hasil kajian memaparkan, pertama masyarakaat khususnya keluarga penagih masih mempunyai persepsi yang positif terhadap pusat-pusat pemulihan dadah sedia ada.Di antara ketiga-tiga elemen pusat serenti yang dinilai elemen pengurusan memaparkan tahap persepsi positif yang tertinggi jika dibandingkan dengan elemen program pemulihan dan kemudahan yang disediakan.Kajian juga mendapati bahawa faktor-faktor jantina, tahap pendidikan, umur, bilangan ahli keluarga terlibat dengan dadah dan tempoh mereka terlibat memberi kesan yang berbeza dari segi persepsi yang dinyatakan. Walau bagaimanapun kebanyakan perbezaan tersebut memperlihatkan persepsi yang positif.