Maklumat keselamatan pekerjaan industri pembinaan Malaysia: Sejauh mana tahap kebolehbantuan dan kepuasan pekerja asing terhadap medium penyampaian sedia ada?

Sesungguhnya, industri pembinaan merupakan sebuah industri yang kompleks dan merbahaya dengan suasana persekitaran kerja yang berisiko tinggi serta mempunyai kepelbagaian bidang dan tenaga kerja yang berpotensi untuk mengalami kemalangan, kecederaan serta kematian di tapak bina (Mohamed Khodeir &am...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Salleh, Nurul Azita, Hashim, Rushanim
格式: Book Section
語言:English
出版: School of Technology Management and Logistics (STML) 2019
主題:
在線閱讀:http://repo.uum.edu.my/28084/1/978-967-2276-12-8%20103%20127.pdf
http://repo.uum.edu.my/28084/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Sesungguhnya, industri pembinaan merupakan sebuah industri yang kompleks dan merbahaya dengan suasana persekitaran kerja yang berisiko tinggi serta mempunyai kepelbagaian bidang dan tenaga kerja yang berpotensi untuk mengalami kemalangan, kecederaan serta kematian di tapak bina (Mohamed Khodeir & Salaheldine, 2018; Vitharana, Subashi De Silva & Sudhira De Silva, 2015). Namun, dalam memahami dan melaksanakan setiap bidang kerja di tapak bina ini, maka adalah penting pihak yang bertanggungjawab dapat menyampaikan arahan kerja serta maklumat keselamatan ini dengan berkesan. Hal ini adalah bagi memastikan setiap kefahaman yang dicapai dapat diaplikasikan sekaligus menjamin hasil dan kualiti pelaksanaan kerja serta jaminan keselamatan diri. Berhubung risiko kemalangan yang sering berlaku di tapak bina, maka adalah penting maklumat keselamatan ini diketahui terlebih dahulu oleh pekerja sebelum memulakan kerja di tapak bina. Maklumat keselamatan ini sebenarnya adalah melibatkan beberapa aspek perlindungan diri, peraturan serta cara kerja selamat di samping penyediaan persekitaran kerja yang kondusif bagi mencegah individu yang bekerja mengalami kecederaan atau kesan kesihatan dari kerja yang dilakukan. Lazimnya, maklumat keselamatan pekerjaan ini diterima oleh pekerja semasa menghadiri Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan iaitu satu kursus awal yang wajib dihadiri sebelum memasuki tapak bina. Namun, isunya adalah sejauh manakah maklumat keselamatan di dalam kursus ini difahami oleh pekerja asing? Sebelum itu, mari kita kenali terlebih dahulu siapakah itu pekerja asing dan Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan.