Adakah pemindahan pengetahuan menjadi moderator terhadap pelaksanaan pengurusan lean dan prestasi organisasi?

Globalisasi pasaran, tahap persaingan antara syarikat-syarikat pengeluar produk dan perkhidmatan, serta pelbagai krisis ekonomi adalah beberapa faktor yang paling kritikal pada masa kini. Keadaan tersebut telah mendorong pengurus-pengurus syarikat untuk melaksanakan pelbagai strategi yang berkesan s...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Mohd Asaad, Mohd Norhasni, Nordin, Noraini, Mohd Zahari, Fadhilah
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
出版: 2017
主題:
在線閱讀:http://repo.uum.edu.my/25951/1/IBMC%202017%201%2011.pdf
http://repo.uum.edu.my/25951/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Globalisasi pasaran, tahap persaingan antara syarikat-syarikat pengeluar produk dan perkhidmatan, serta pelbagai krisis ekonomi adalah beberapa faktor yang paling kritikal pada masa kini. Keadaan tersebut telah mendorong pengurus-pengurus syarikat untuk melaksanakan pelbagai strategi yang berkesan seperti pelaksanaan sistem pengurusan lean dalam organisasi mereka. Namun, konsep yang diadaptasi dari negara luar yang mempunyai latar belakang yang berbeza, ada kalanya sukar untuk berjaya. Kebanyakan syarikat yang gagal melaksanakan pengurusan lean bermula dengan kekurangan kefahaman dan pengetahuan serta kesedaran pekerja tentang pengetahuan lean. Walaupun terdapat banyak kajian yang telah dilakukan terhadap pelaksanaan sistem pengurusan lean, namun tidak banyak kajian yang dilakukan terhadap peranan pemindahan pengetahuan lean dalam organisasi bagi meningkatkan prestasi organisasi. Oleh sebab itu kajian ini mencadangkan pemindahan pengetahuan sebagai moderator terhadap hubungan pengurusan lean dan prestasi organisasi. Selain itu, kajian ini juga akan membangunkan sebuah model pemindahan pengetahuan lean bagi membantu organisasi melaksanakan pengetahuan lean dalam organisasi mereka. Data yang di kumpul menerusi kaedah kuantitatif melalui soal-selidik akan dihantar kepada syarikat-syarikat pembuatan yang melaksanakan pengurusan lean. Kajian ini dapat mengenal pasti pendekatan yang perlu diambil oleh semua pihak terutama pihak pengurusan organisasi dalam membentuk program pelaksanaan pengurusan lean yang lebih efektif.