Persepsi masyarakat terhadap isu keselamatan pengawal keselamatan asing dalam sektor perkhidmatan di NCER: Kajian kes Negeri Kedah

Kebanyakkan majikan di Malaysia dikatakan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja terutama daripada tenaga buruh tempatan. Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah ini para majikan terpaksa menggaji para pendatang asing sebagai suatu alternatif menanggani kekurangan buruh tempatan menerusi agensi p...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Noor, Mohd Saifoul Zamzuri, Abdullah, Norehan, Ahmad Zakuan, Ummu Atiyah, Abdulah, Hussin, Yusof, Rohana @ Norliza
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://repo.uum.edu.my/24669/1/SKTSEWU%202018%20149%20162.pdf
http://repo.uum.edu.my/24669/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kebanyakkan majikan di Malaysia dikatakan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja terutama daripada tenaga buruh tempatan. Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah ini para majikan terpaksa menggaji para pendatang asing sebagai suatu alternatif menanggani kekurangan buruh tempatan menerusi agensi pekerjaan yang berdaftar. Kaedah persampelan rawak mudah di gunakan dan sejumlah 150 responden telah ditemuduga di negeri Kedah.Kaedah perbincangan meja bulat juga telah dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan 97.3% responden menyedari tentang kewujudan pengawal keselamatan warga asing di negara ini.52.7% responden pernah berurusan dengan pengawal keselamatan warga asing dan 86% merasakan tidak selesa/selamat dengan kehadiran pengawal keselamatan warga asing di negara ini. 57.6% responden beranggapan bahawa masyarakat juga merasakan tidak selamat dengan kehadiran pengawal keselamatan asing.Manakala 63.6% responden merasai suasana persekitaran menjadi kurang selamat dengan kehadiran pengawal keselamatan asing.Hasil perbincangan mendapati negara perlu mengguna tenaga kerja tempatan seperti anggota RELA sebagai pengawal keselamatan.Ini adalah kerana mereka adalah rakyat tempatan yang sudah pasti memahami sosio-budaya masyarakat Malaysia ketika berurusan.