Anak tak sah taraf: Siapa yang sepatutnya memberi nafkah?

Kelahiran anak tak sah taraf dalam negara kita semakin bertambah dari semasa ke semasa.Senario ini amat membimbangkan masyarakat hari ini.Kelahiran mereka menimbulkan persoalan mengenai siapakah yang perlu bertanggungjawab untuk menguruskan kehidupan mereka terutamanya dari aspek nafkah; adakah tang...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Md Dahlan, Nuarrual Hilal, Ahmad, Abd Ghani
格式: Conference or Workshop Item
語言:English
出版: 2014
主題:
在線閱讀:http://repo.uum.edu.my/12912/1/3.pdf
http://repo.uum.edu.my/12912/
http://www.umicg2014.com/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kelahiran anak tak sah taraf dalam negara kita semakin bertambah dari semasa ke semasa.Senario ini amat membimbangkan masyarakat hari ini.Kelahiran mereka menimbulkan persoalan mengenai siapakah yang perlu bertanggungjawab untuk menguruskan kehidupan mereka terutamanya dari aspek nafkah; adakah tanggungjawab itu semata-mata dibebankan ke atas ibu yang melahirkannya? Jika ibu tersebut tidak berkemampuan untuk memberi nafkah, siapakah yang harus memikul tanggungjawab tersebut demi memastikan kebajikan dan pengurusan hidup anak tak sah taraf tidak terabai? Terdapat bukti-bukti bahawa kebajikan anak tak sah taraf diabaikan di Malaysia.Objektif penulisan ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti pihak manakah yang bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak tak sah taraf berdasarkan Hukum Syarak dan peruntukan undang-undang sedia ada.Kaedah penulisan ini berbentuk kualitatif sosial dan undang-undang berdasarkan data primer dan sekunder berkaitan dengan anak tak sah taraf.Kaedah kepustakaan adalah asas utama dalam penulisan ini yang menganalisa secara induktif dan deduktif merujuk dalil-dalil usul fiqh Islam dan undang-undang sehingga mencapai satu kesimpulan yang kukuh dalam mengenal pasti pihak yang wajib memberi nafkah kepada anak tak sah taraf.Hasil penulisan ini mendapati bahawa ibu merupakan orang yang bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak tak sah taraf.Sekiranya ibu tidak berupaya akibat kemiskinan atau tidak mempunyai pendapatan maka tanggungjawab nafkah diturunkan kepada waris ibu dan sekiranya tiada, tanggungjawab ini dibebankan ke atas bahu pihak pemerintah.Namun begitu, tiada pula peruntukan Hukum Syarak dan undang-undang yang mewajibkan bapa biologi yang menjadi penyebab kelahiran memberi nafkah kepada anak tak sah taraf.